Sunday, 4 December 2011

MenGaPa...(2)

the wall of a relationship is as thin as our strand of hair
no matter what kind of material are you built it with
just,
what kind of things you put inside is matters
whether is sweet as love or bitter as hate
it just the matter of time
and patient
as how much you can give to make it worth?
and as how much you can take to make a go?
 
the bottle of love is as clear as a fountain water
how much effort you had put in it can be seen 
as long as the eyes who watch is clear from hatred and jealousy
did you enjoyed the length of time you spend with?
did you put enough affection as you enjoyed in feeling it?
 do you really worth to own it?

it takes two to make a tango
its true
but it also needs some music and suitable environment to play it nice
so do love
true love needs everything it can hold to strengthen it
a true partner
a loyal friends
a supporting family
and you.

love becomes as sweet as your smile 
when it's have the trust you can give as much as you can take
the understanding you can share as much as the time you can have
and...
when you bring the joy as much as you send the sorrow away




Friday, 18 November 2011

...

i give my all to you, if i can
strength, hope, faith, affection, and love

Sunday, 13 November 2011

uNFiNisHeD sToRy

aku
dikelilingi oleh mereka yang punya riak wajah penuh ceria
 tapi hairan
aku semacam enggan meraih mahupun secebis senyuman

aku
dipenuhi oleh tona2 suara yang mampu menandingi kolam yang dipenuhi semacam warna bunga
tapi entah
aku semacam tidak mampu memahami, apatah lagi berkongsi satu titik oktaf yang serupa

aku
kali ini, waktu ini, kala ini
semacam ingin berdiri dikalangan ombak2 jernih di atas laut di kala awan sesekali ingin bermanja dengan sang cahaya
aku
saat ini, di tahap ini
serasa mahu tenggelam di garis putih biru yang serasa menjadi satu, mengaburi tapi melengkapi satu dimensi hiasan mata
aku

aku
tanpa sedar terasa tubir mata hampir pecah menahan berat setitis air mata
malah
bagai terhenti putaran masa bila sesak tiap liang pelosok rongga yang ada di dada menampung satu helaan udara

pergilah, pergilah bersama ombak kecik ke hujung nun tak terlihat dek mata
bukan sekali, malah terasa kecil hati dan jantung jadinya menahan beban yg dilihat tidak seberapa
tapi ditahan terasa ingin lebur tiap serpih tulang yang ada




Monday, 7 November 2011

~3rd aKi~

dalam dunia ni hanya dua jenis manusia. pembuat dan penerima, dari sini baru la jadiknya si penjahat dan si tukang nangis main terima jak apa orang buat..

dan di mata kamu2, siapa yang lagi best? penerima atau pembuat? siapa lagi kesian? di mana2 tempat pun kan, akan ada orang yang menjadi bualan, nda kisah la bualan itu mengarah ke kutukan atau pujian.

tapi yang aku tau, aku lagi rela menjadi orang yang bukan menjadi bahan bualan. aku nda mau jadi pembual pun! tapi macam nda kan pernah jadik la kan..

manusia suma suka becerita. tipu la kalau aku bilang aku nda pernah kutuk orang, dan tipu la kalau aku nda pernah dikutuk orang. itu kan karma hidup. kena la terima...

tapi bila 24jam sehari kehidupan 3rd year aku banyak aku habiskan di rumah tengok drama, jadik orang yang melihat, bukan menjadi pembawa watak, buat aku banyak gila fikir.. kita nda kan sedar apa kita buat akan jadi apa kan datang even kita sudah rancang dari awal.

contoh, bila ada orang ajak pegi makan2, lepak2 kejap, dalam hati kau, kau tahu yang memang akan keluar cerita2 yang akan memalukan orang lain, dan janji dalam otak nda mau kutuk orang.

tapi bila sampai sana, dia macam kau tarik dan hembus nafas, mulut kau pun start cakap benda yang ntah papa, membawa kepada kutukan.

even kawan baik pun akan pernah kutuk kawan baik dia dengan orang lain. cakap apa yang pernah menjadi ke nda puas hatian selama bekawan. kita fikir bila kita cerita suma benda dengan dia, kita akan makin rapat dan dia akan rasa betapa pentingnya dia untuk kita.

selama ni, dia la orang tempat kau luah segala masalah, luah semua benda yang jadi dalam kehidupan kau.. tapi kau nda tau, mungkin dalam diam, itu satu bebanan untuk dia mendengar.

dalam dunia ni, tiada kawan yang bertahan dari start kau kenal dia sampai bila2. setiap orang ada kehidupan dia masing2, ada cara dia sendiri mau jalani hidup dia. nda kan selamanya kau dapat sama2.

setiap orang ada jumpa orang lain yang mungkin lagi layak untuk dijadik kan kawan baik lebih dari diri kau bagi dia.

bila aku fikir begini, aku akan fikir, suriah, kau ada kawan ka? kalau ada, kenapa bila aku betul2 sedih, aku nda tau mau share sama siapa? kalau ada, kenapa bila aku gembira aku nda tau siapa yang sama2 gembira tanpa ada terdetik sedikit pun iri hati di hati dia?

sekarang ni kan, aku nda tau tahap depress aku sampai mana, tapi bila aku tengok laut, aku serius mau nangis. tanpa aku sedar, air mata aku keluar macam tu jak.. aku rasa dada aku penuh sangat2 sampai aku nda mampu tarik nafas.

sekarang ni, aku bila cakap dengan orang, tanpa aku sedar, suma jadik kasar. intonasi, perkataan, riak muka, suma jadi kasar. aku ketawa lagi keras, dan sebab suma ni, sebelum aku jadik bahan bualan, aku harap aku mampu atasi perasaan ni.

Sunday, 6 November 2011

SeLaMaT HaRi RaYa

selamat hari raya everyone!
hope this eid brings happiness and blessful in our daily life...

Wednesday, 5 October 2011

wataru kun~

今日めっちゃ嬉しかった。雨だけどね。。。
 さっき帰る時ね、渉君たちと会って、事務室の前に、何かあたし今までもあんまり学科の男の人と話してなかったし、、だからね、挨拶ぐらいの話しか思ってなかったよん。

でも、渉君がマレーシャの事とか、渉君の留学の事とか、色々話してくれた。雨だから、そして、あたし傘持ってなかったと見たから、渉君があたしに一緒に帰るや~って言って、一緒に歩いてた。。。

嬉しかった。。。。


p/s: jepun aku memang teruk, sabar jak la erk...

Saturday, 3 September 2011

MenGaPa...(1)

terkedu
entah bagaimana mahu diungkap dengan kata2
aku belum bersedia!

entah bila
kebiasaan menjadi tegang tiba2
hanya dengan kehadirannya

aku.......


HaRi iNi......

g majlis kahwin amah ari ini.. amah, semoga sentiasa berbahagia dan dilimpahi rahmat dari ALLAH....

bestnya kali ni, even tahun ni aku nda ikut konvoi budak2 labuan ni buat,tapi dengan pegi majlis amah ni, aku dapat jugak jumpa budak2 yang berkurun aku nda jumpa..

contoh, irul. ni mantee aku time sekolah dulu, memang lama nda nampak.. lagi, terjumpa shahmen n freedie n sae.....

kali ni perempuan nda banyak. kira best juga la datang ke labuan kali ni....

sori la, aku nda upload gambar la....

Thursday, 1 September 2011

TeRLeBiH

masalah bila kita sudah memberikan perhatian lebih dari yang diwajibkan kepada seseorang ialah kelebihan perhatian yang kita berikan....

ini dari pandangan aku k, nda suka atau setuju, mungkin kamu boleh luahkan di blig masing2 memandangkan sesiapa pun punya hak untuk menyatakan pandangan mereka.

kelebihan perhatian yang diberi akan memakan diri sendiri. kamu akan terlebih perasan cara dia melayan orang lain dan sara dia dengan kamu, dan tanpa disedari kamu akan membandingkannya.

dan selalunya jawapan yang kamu dapat tidak menghepikan...

kamu akan terlebih perasan tiap huruf perkataan yang dituturkan, sehingga seringkas perkataan 'ya' atau 'tak' pun boleh mewujudkan air mata, dan mestila kesedihan dan sakit hati.

kamu akan terlebih perasan tiap perbuatan, sampai hanya sedikit gerakan pun kamu boleh tafsir dia nda suka mau bercakap sama kamu.

dan pasti akan mengundang kehilangan mood, dan kamu akan makan hati sendiri bila sampai rumah nanti...

....................................

kesimpulannya, semuanya yang terlebih perhatian tidak baik untuk kesihatan

HeaRtY...(1)




hurm....
there's something i cant tell by talking
just this....

Tuesday, 30 August 2011

LeBaRaN's NiTE

selamat ari raya suma...!

post di malam raya ni sepatutnya kena la syahdu sikit. baru la best. tapi teda benda syahdu mau dikongsi la.. cerita2 family pun, cam besa la ari last posa, busy kemas itu ini...

tapi di malam lebaran ni, seperti biasa, aku harap kemaafan dari mereka2 yang dalam sedar dan gila aku terkasar bahasa, tersinggung perasaan, tertimbul benci dan meluat dengan perbuatan aku...

niat raya tahun ini, seperti post aku before2 ni, aku harap aku mampu untuk jadi tahu malu untuk memikirkan sesuatu yang bukan hak aku untuk memikirkannya...

Monday, 29 August 2011

kCb

tadi tengok ketika cinta bertasbih, n terkesan aku dengan satu ayat yang diucap oleh watak dalam cerita tu..

"ada masalah di dunia ini yang harus kita fikirkan, untuk mencari jalan keluar yang seharusnya, tapi ada jugak masalah yang bukan hak kita untuk memikirkannya..."

manusia ni kan selalu menyebut, "teruknya dunia sekarang ni.."
kenapa kita harus fikir begitu? sebelum ada orang yang marah dengan cara aku berfikir tentang benda ni, aku mintak maaf erk.. aku tulis apa yang aku faham dan fikir...

dunia sekarang bagi aku bukan teruk, memang dunia ni hanya berjalan ikut masa yang telah ditentukan oleh tuhan.

tapi yang menyebabkan wujud keterukan yang sering disebutkan oleh manusia sebenarnya kerana manusia yang teruk yang selalu memikirkan perkara yang bukan hak mereka untuk difikirkan...

jangan la marah aku tulis manusia teruk di atas ni erk... cuma terukkan manusia tu kalau bukan hak dia, tapi mau juga mengada2 mau fikir benda tu.. nda malu kan dia..

kenapa ari ni punya post macam hard jak?? entah la, ari ni blur....


Sunday, 28 August 2011

kita...(3)

terlupa, mana mungkin
biar begitu besar usaha ku tumpu hanya untuk jauhkan mereka
di saat dan ketika yang entah kenapa tidak ku sedar kedatangannya
begitu juga mereka hadir di angan2 kosong yang terbina

aku ingin lupa, Ya ALLAH begitu besar
bukan sedikit tapi tidak terfikir betapa aku berusaha untuk bebas dari angan kosong itu
tapi di saat luar sedar ku
masih jugak mereka wujud di sisi neuronku...

aduh, sakit dan rasanya aku hampir gila
memikir akan sesuatu yang sebenarnya bukan hak ku untuk berfikir sebegitu
tidak secebis, malah sekuman ingin ku untuk terus mencipta angan kosong malah tidak bernyawa
tapi masih jugak aku gagal

Ya ALLAH, jika wujud lagi rasa rendah diri dalam diri ini
sedarkanlah aku dari mimpi yang...
betapa aku tidak pernah, malah tidak akan pernah layak untuk memilikinya
apatah lagi untuk memikirkan...

20ari...

28.August.2010

da 28 ari kita puasa kan untuk tahun ni, and dah 20 ari aku di rumah di sabah ni, n gila nya aku baru on henpon 4ari!!!

kurang asam betul la iphone ni. banyak rupanya dugaan aku untuk ramadhan tahun ni.. sesiapa yang baca post ni, n kalau la ada mesej ka kol aku ka sepanjang cuti ni, sori, nda dapat on sim henpon mesia...

untuk yang baca blog ku yang nda seberapa ni, selamat ari raya... mintak maaf kalau ada salah yang pernah aku buat arah kamu2 eh... setulusnya aku meminta maaf...

Thursday, 28 July 2011

...

tensen, tensen, tensen!

Sunday, 3 July 2011

uNmIsTaKaBLe

haih, dalam nda sampai 24jam, aku dengar orang cakap dia mau kawin. betul2 kan kawin eh, bukan saja2 cakap mau kawin..

amah, aku gembira kau da dapat orang yang kau mampu percaya sepenuh hidup kau.. hope ALLAH bless you and him always..

pernah dengar nda lagu bsb unmistakable????

for anyone out there, yang still searching and hoping for someone come and demanding you, you only. i do hope you can enjoy the lyrics of this song..

i do still waiting there is no mistake when he come to pick me up..

the one who is searching, be sure enough you unmistakable pick the right one...

the one who is waiting for the one, hope you'll unmistakable agree to the right one...

p/s: hrp2 korg nd marah aku slh guna 'unmistakable' dlm ayat 2...
tp korg fhm kan mksd aku dlm ayt 2???

Tuesday, 28 June 2011

aRi iNi yAnG SOT!

tadi tensen2 dengan ketidak cantiknya markah midsem aku, aku nampak budak2 4th year duduk luar co-op.. apa lagi, nda sedar2 jak aku duduk sudah sebelah zam. ha3

lepas 2, cam besa la tensen2 ni mau makan benda manis kan... budak2 2 pun cakap la 'oshn bila lagi mu mau belanja aiskrim?'

lepas 2 aku pun selamba la, 'meh la, mau pegi ...' cantik jak cakap macam 2 kan

masuk2 jak co-op, cek la aiskrim. pilih2 2 aku cakap la kita ni main ambik2 jak, kalu aku teda bawa purse ni, mati la..

sekali aku cek beg aku, memang teda! memang aku lupa bawa purse ari ni!!! cantik, suma orang buat muka alamak!.... hahahahahhahahahahah

macam mana ni?? naim siap cakap 'ala, tepaksa la letak balik ni..'

hahahahha, nasib baik la zam ada menyelamatkan keadaan. zam la belanja. tapi, aduh!!!!!

hahahahha. sori ek zam. karang aku ganti duit aiskrim n belanja aiskrim erk...

Saturday, 18 June 2011

tHe PaST fEw hOuRS





there's one day when full moon is covered by dark cloud, and the road have been washed by the rain, and the stars cannot be seen, that's how my heart feel right now.

there's a hope for some lightning to enhance the view sometimes, not too much, just enough to bring the memories of my existance, and the thunder, for bring some sound of rememberance.

the sky i see right now cant be as blue as i hope it will, just as dark as the ink will do. the wind i try to feel cant be as sweet as chocolate heart candy will bring to our loved one, just numb as my hand will be in winter...

the smile i try to give, the voice i try to bring, just as hard as i cant face my mom's face when i got D for my physics, and it brings tears to my very deep soul. i am hurt. too much.

Tuesday, 14 June 2011

nExt > < * * *

ari ni siap la jugak report Yamabuki Sensei yang sepatutnya diantar minggu lepas. hu3... sudah la 1 report yang aku antar time 2 nda complete. nda tau la macam mana lab aku tahun ni > <

ni pun kalu bukan sebab Ayano-chan bagi aku salin jawapan soalan dia, aku rasa malam ni aku masih lagi tensen2 fikir macam mana aku mau susun ayat, even aku tau jawapan dia..

but siap 1 report, doesnt mean i can guling2, i do still have lab's report to do each week, and exam too for each week. fuh~



sejak kebelakangan ni teda benda yang best berlaku dalam kehidupan seharian, memandangkan aku serius tensen dengan report yang nda siap2 tu, sampai aku teda mood langsung untuk cakap dengan orang...


tapi, nasib baik la, wawa datang bagi aku kelainan yang aku memang harap, kerelaxan bercerita apa saja, kesempoian memberi suggestion yang selama ni aku malas mau bilang, dan everything that i need for this time...

its not that i do hate anybody, it just i need some fresh air to be myself. i hate being the only 1 who doesnt hate what they are talking about at that time, i am tired of being the only 1 who are different in pyschology term, the way i do thinking and the way i do express my own feeling. 


i want some relax mode, which at that moment, i can laugh at some supid thing, smile when i do feel like it, and  jut be content with the environment and accompany. 

doesnt have to fake a smile, or laugh just to lighten up the mood.just being me..  i really do not like the pressure i feel right now because of someone ask me to do something i dont want to. 

Tuesday, 7 June 2011

bLa3

gila, aku tensen dengan report polymer ni...!!!! uwa~

Saturday, 4 June 2011

aN eviL peNGuiN


do you know this kind of feeling..?? hahahahahha...

i cant stop laughing and laughing and^ fuh...

Friday, 3 June 2011

tHeRe iS No NeeD tO reAD tHis oK ^ ^

you know what i hate the most about this kind of weird feeling i have right now? it makes me too sensitive in all about you know who, everything!

when i asked ian about it, asked for some advice actually, even though i know what he would told me exactly!, but still when i heard it <its just a random feeling, just dont keep it on heart, just ignore it>

how can i supposed to react on it?!! it just its been a zillion time until i feel like i cant even remember how this kind feeling felt. and ian said to ignore it and it just some kind of hormone and all.

and since i tried to ignore this---- you know, i dont know how to~ i dont know. its been two weeks since i last saw, not even a chance to talk. not even a single message, or even just to share those kind of happy thing, share some joy!

its not that kind of feeling you know, i think you what you think actually, but be assure that its not that kind of feeling. you know, this kind of feeling that you miss somebody, have the urge to see someone an all, cant eat or study properly because you cant stop from think about somebody, but its not that!

i dont have those iritating kind of thing happened to me, this whole two weeks. i did actually excited to go to the lab experiment to had the exp. with YAMABUKI sensei.

i just need some attention from you know who. i think. and since i dont know, not being ignored i think, but from my point of view, being unseen, or being there is no need to see me kind of feeling, it makes me want to eat something!

i hate it, i hate you know who~

Thursday, 2 June 2011

hP aKU beNGonG!!!!

ari 2 duduk2 dengan singa n yik makan askrim kan, keluar la cerita pasal mau tukar keitai(hp) ni kan.. mau tunggu iphone 5 la baru tukar la apa la kan..

balik2 2 kan, keitai aku freeze! ambik kau, mau sangat tukar keitai kan!?? lepas 2 kan, bila aku tekan apa2 jak button terus dia pelan2 jadik hitam! uwa~

aku off keitai n on balik pun dia still macam 2. tensen tol la c keitai ni. tadi ai mau mintak aku bg dia contact emi pun nda dapat.

jangan kan mau send, mau buka sekigaisen(infrared) pun nda boleh. nda boleh tekan apa2 button pun!

aku start midsem exam minggu depan, dan report da start banyak, and di saat2 runcing ni la tiba2 c keitai ni mau buat hal!! apa ni???

aku mau jawab mesej, ok, nda sempat mau jawab pun, buka mesej untuk baca pun nda dapat! ha, macam mana ni?

time2 aku kena banyak jumpa budak2 jepun ni di library la dia ni buat hal. macam mana aku mau jumpa budak2 ni kalu mau baca mesej dorang pun aku nda boleh??

hei keitai, nda kan merajuk kot aku cakap aku mau tukar ko pegi iphone 5? lama lagi la, aku masih perlu khidmat bakti kau lagi, jangan mengada2 mau merajuk ka, menyamal ka apa ka eh..

adui!!

Monday, 30 May 2011

huh

ada 1 benda ni kan, biar macam mana pun, orang luar tetap orang luar, dan dorang nda kan ada di setiap masa kau perlu dorang.

Wednesday, 25 May 2011

nda penat jadik penatt

adui, macik! tolong la jaga anjing macik baik2. aduh~

memang gila la ari ni. on the way balik rumah tadi, tengah2 jalan 2, aku nampak sorang macik jepun ni dengan seekor anjing hitam yang besar. macam kenal jak anjing dan macik ni~?

alamak, macik rumah depan abis sudah bawa anjing hitam besar yang suka bising tu bejalan2. aduh! macam mana mau balik rumah ni????

nda pa, nda pa. macik 2 mesti abis ikat anjing dia time aku lalu rumah dia. kali. aku pun dengan ati penuh gundah gulana macam tongkang kena ribut tengah laut dan kepala yang sarat dengan fikiran positif yang makin lama makin ilang ni kan jalan la...

slow2 aku jalan, aku subuk la anjing 2 kan. ambik kau! aku tengok rumah macik 2, anjing tu tengok aku. dekat gila anjing tu dengan pagar!! macam mana aku mau lalu ni???

aku patah balik kejap. tunggu kejap. kejap lagi macik tu mesti keluar urus anjing dia. ok, subuk lagi sekali. macam main hide and seek pula aku sama anjing ni. ada lagi dia di situ tengok aku. wei!!!

sudah2 la skodeng aku anjing! pegi la kau masuk dalam sikit, aku mau lalu ni...!! uwa~ mak, macam mana nong mau balik rumah ni~ ;(

ari ni agak mengherankan la anjing ni. nda pula dia salak aku time kami main hide and seek tadi. tapi ada aku kisah? salak nda salak, mata comel nda comel. dia tetap anjing yang suka salak aku bila aku lalu!

fikir punya fikir, aku pun ambik jalan yang menyusahkan badan. aku patah balik lalu belakang rumah aku. kira aku kena pusing kejiranan rumah aku la untuk sampai rumah.

bagus2 tinggal 10 langkah jak mau sampai rumah, bepuluh2 langkah jadik nya aku kerana anjing ni..
ko memang la anjing.!

memang menyusahkan la anjing ni. tensen!! dia kan, asal kita lalu jak salak2. tensen aku. sudah la besar.

kesimpulannya, aku nda suka anjing macik tu!

Friday, 20 May 2011

sasau

love is...
what you can give generously, and take wholeheartedly.

love is...
when you can smile after crying, and laugh after mistaking.

love is...
how weird your heart feel like it can burst at any time, any moment.

love is...
bla bla bla...
ha3

Sunday, 15 May 2011

waiting and hoping

even theres no tears fall for you, but i am sure it will come, when it's time to. even i cant so sure how it will end, but i know how hurt i will feel just because of you...

theres no beautiful ending waits for us, just because you dont know, and i will not tell you. but still, i do hope theres more than smile that we can share here...

when it is came for me to understand theres still a drop of hope i can wait, there is a beautiful life i can lead, how could you make my heart feels like it will burst?

 am i not ready enough to accept this, i dont know. it just makes my heart hurt so soo much...

there is hope i gave back to you, in mind it will help you just like it makes me want something again...

i feel this because of ....


Friday, 13 May 2011

palau pula malam2 ni... ^ ^

tengah2 malam ni aku rasa palau sikit pula.. time tengah siuk2 tengok drama thai ni kan, ada la satu scene ni hero dia kacau heroin dia ni kan..

hero dia buat la muka nakal 2 kan, pastu c heroin pula mengada2 la buat muka malu2 kan... aku pun nda tau kenapa tiba2 aku ingat prof. YAMABUKI(山吹先生).. hahahahah...^ ^

tadi buat experiment dengan 山吹先生, pastu time mau larutkan polymer 2, memang ambik masa la.. bayangkan, 200g polymer dilarutkan dalam 10ml chloroform(CHCl3).

time Ayu tengah buat benda 2, aku buat la pengiraan tentang masa larutan polymer ni bergerak.. susah la mau terang. nda dapat aku terang guna bahasa melayu.

ok la, senang cerita. tadi aku buat experiment tentang kenal pasti jenis polymer yg aku dapat. ada 1 unknown polymer ni, aku kena buat experiment untuk kenal pasti dia apa... gitu la.

so, sudah 1/2 jam c Ayu kasih tunggang tebalik flask 2, masih juga c polymer ni nda mau larut tau. jadi datang la 山吹先生 ni.. Ayu pun cakap la lama sudah dia pusing2 kan c flask ni, nda juga mau2 larut..

terus 山吹先生 cakap, dia nda mau Ayu kali, cuba suruh SURIAH buat.. kih3  ^ ^


last kali kena buat hasilkan 1 film dari larutan polymer 2 untuk tentukan dia punya 透過度( aku nda pasti la bi dia apa, tapi mungkin permeability kali...)

cover slide kaca dengan aluminium, pastu lap supaya cantik, kasih titik larutan polymer 2, then kasih rata sampai dapat 1cmx 1cm punya film.. lepas tu biar kering and kikis untuk ambik film 2 guna spatula..

cara dia senang jak kan, tapi sabar jak la mau buat. kalu nipis sangat, memang nda dapat mau kikis guna spatula. kalu tebal sangat, nanti infrared nda dapat detect la apa la. kalu nda pun, time kikis 2 c aluminium pula buat hal, koyak la apa la..

so, mau dijadikan cerita.. suma orang kena buat. aku dapat la hasilkan 3 film. haa, jangan jeles. time 山吹先生 cek2 tu, ada la budak yang repeat experiment ni tau. so beliau pun tanya la dapat buat film ka nda..

pastu budak 2 pun cakap la dapat. time beliau cek2 2, tiba2 beliau cakap, 'eh, yang ni cantik. siapa punya ni..?'

budak ni cakap la SURIAH yang buat.. then, 山吹先生 pun cakap, 'うまいねスリアさん。。上手やん。。'

山吹先生puji la aku cakap aku buat film cantik... terer ah buat.. kih3 ^ ^

time pegi tengok macam mana mau cek 透過度benda ni pun, 山吹先生pun cari la film yang mau dibuat contoh kan...

terus beliau cakap, 'ok, kali ni ambik group D punya sampel. ok, sensei nak guna film SURIAH la...'
 kih3 ^ ^(suka!)

nda tau kenapa tengok scene2 mengada hero heroin dalam drama ni buat aku ingat 山吹先生..
sensei ingat nama aku tau... haa, jangan jeles......

Wednesday, 11 May 2011

高吸水性分子樹脂 ^ ^

ari ni ad kelas dengan prof. YAMABUKI(山吹先生). selain dari beliau ni comel kan, beliau suka doraemon dan conan. hahahaha

tau dengan detail tau, bukan setakat baca2 jak. memang lawak la.. sempat lagi cerita pasal doraemon di kelas.. sabar jak la sensei comel ni...

balik ke benda aku mau cerita di post ni kan.. tadi, sensei ni cerita pasal 高分子(polymer). time tengah buat experiment simple2 ni, sensei ni pun cerita pasal masalah nuklear di fukushima..

suma orang tau pasal kebocoran radiasi ke air laut tu kan..? kan dorang try sejukkan loji 2 dengan air laut. tapi nda dapat jugak nak bendung, dan leaked  la kan ion2 2 dalam air laut tu..

untuk elak air laut 2 masuk balik pegi laut, dorang guna 1 polymer ni, untuk absorb air laut.. jenis polymer ni 高吸水性高分子樹脂、super absorbent polymer.

kalu ada gambar, senang la mau terang tapi 2 la kan..  tapi kan even guna polymer ni memang nda dapat juga tahan. leaked jugak la radiation ni kan..

kalu belajar pasal polymer ni, suma orang akan assume la boleh elak air laut 2 dari keluar. kalu nda, nda kan la org loji nukelar di fukushima 2 guna kaedah ni kan..

tapi 2 la, nda pass pula kan..? rasa2 kenapa?

ok, meh belajar pasal polymer.. 高吸水性分子 ni kan, time kita2 ni belajar, dia absorb/ react pada air suling dalam nilai 450g/g, tapi pada kepekatan 0.9wt% air garam hanya 65g/g.

air laut pula, kepekatan garam dia 3.4wt%, boleh tau la kan betapa lemahnya polymer ni pada air laut.. so, dia macam nda boleh la nak absorb sangat air laut yang orang2 di loji ni try untuk jangan leak kan ke laut.

kalau nda boleh bayang macam mana polymer ni berfungsi, aku rasa loji ni guna polymer lain, tapi another type tuk polymer ni orang guna dalam pampers.

time buat exp. ni tadi terfaham pula aku tentang proses pampers ka, pad ka yang kita guna. dalam pampers 2 kan, aku la fikir, setakat kapas tau. tapi nda la fully kapas. ikut la brand pampers tu guna polymer apa..

dari jenis polymer apa dia mau guna, dan kaedah apa yang diguna untuk hasilkan polymer, serta bahan2 tuk hasilkan polymer tu mempengaruhi harga dan kebest an pampers yg mama2 bagi anak2 dia guna.

so, besa la 2 kalu ada benda 2 mahal, ada benda 2 murah pula kan...

Tuesday, 10 May 2011

kita....(2)

keliru, serius aku pun nda tau kenapa jadi begini
perasaan ni, ambik begitu banyak tenaga dan senyuman aku...
gila, jauh lagi la tapi kan..

aku pun nda pasti, keadaan sekarang
tunggu ka jalan terus, ini pun susah
yang pasti, aku unsecure dengan perasaan sekarang

keindahan itu terletak di hati, bukan di mata
kebahagiaan itu membawa senyuman, bukan tekanan
itulah kelebihan mereka daripada mereka...

aku senang, aku rasa la

p/s: sori, aku nda tau macam mana mau fikir pasal ari 2, jadi aku ikut rasa hati aku la ah..
sori la nd sedar peluang yg sengaja diciptakan, terima kasih dengan sedikit kepekaan itu.

Friday, 6 May 2011

terkejut tapi aku redha

kehilangan ari ini...

kekosongan ari ni buat aku sedar akan kehilangan kakek... mungkin kekosongan yang aku rasa satu hari ni buat persiapan untuk kehilangan waktu ini..


sedih, bodoh la aku nda sedih kan..? mungkin sekarang aku nda rapat sangat sama arwah kakek, tapi kisah kanak2 aku dipenuhi dengan wajah arwah...

mau nangis, tapi bila kakak cakap mama nda bagi kami nangis banyak2, terus aku rasa hati aku tenang, dan redha...

moga arwah dirahmati ALLAH dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman.....

p/s: siapa2 yang baca post ni, saya mohon sedekahkan al-fatihah untuk arwah.. terima kasih.

Thursday, 5 May 2011

kita....(1)

risau, nda juga....
marah, teda benda pun...
bahagia, bukan tu masalah dia....

dia, bukan masalah aku..
mereka, bukan tempat aku untuk bersuara...
tertekan, kerna aku mula merasa lebihnya perhatianku...

aku dan mereka, berbeza tapi aku tahu kami mungkin sama...
betul ka salah, bukan aku untuk mula mengukur kesahihannya...
masa ini, waktu ini, salahku kerna ingin kekosongan untuk ku meluahkan kerunsingan...

terpesong, tertekan pula kepala aku mau fikir benda 2..
lain macam, mungkin sebab sudah lama aku sendiri merasa kelainan dalam setiap senyuman...
kali ni, aku mampu membalas dengan ketawa teda makna...
alhamdulillah...

sori, aku harap aku nda menggunakan kamu2...
terima kasih, di sini saat ini, betapa aku mula takut sendiri...

Monday, 2 May 2011

ibu jari ku dan ciwan ^ ^

pagi2 buta ni, dalam keadaan sedikit lapar di perut tapi kenyang di mulut ni, aku tengok cerita korea.. kih3.. mesti pelik kan, apa la kunun hubungannya??

sebenarnya la kan, teda kaitan langsung, saja ja mau mulakan topik. kih3. ^ ^

pas2 kan, aku tertengok la jari aku yang ada kesan darah beku. tau kan, kalau kita tejepit ka, apa2 ka, kan akan ada darah beku. pas2, dia akan ilang ikut petumbuhan kuku..

nda tau la macam mana mau explain, tapi tau kan????

ok, cerita dia. time aku di sandakan ari 2, 1 malam tu pacik madi ajak pegi makan luar.. tapi pusing2, suma macam nda tau mau makan apa kan, besa la anak2 buah dia suma pilih makan.

makan di luar semalam, makanan nda sedap. fikir punya fikir, kak ateng cakap dia mau masak. so, kami pegi la giant..

balik2 beli barang 2, nda tau la kan kenapa, lapar mengkali kan, palau sikit. time keluar dari kereta tu, aku letak tangan atas kereta tau. tapi sedar2 time kak aku tutup pintu dia, kok ibu jari aku tecepit???

apa lagi, besa la. aku nda la teriak2 tapi memang macam air terjun tepi poring jak la air mata aku... punya kelam kabut pacik madi cari ubat batu urut tangan aku..

ok sekarang, apa kaitan dia dengan tajuk entry ni...?

ari minggu last before aku balik, aku ajak ciwan pegi tamu. teringin mau makan pecal dan cari buah2 sikit. time mau balik 2, bapa antar la naik lori kan...

lepas 2, time mau tutup pintu 2, ibu jari tangan kanan pula tecepit. apa lagi ci ciwan, punya la bising mulut dia.

'2 la ko kak, lain kali tengok2 kalau mau tutup kereta. tengok, kan tecepit lagi tangan ko..'

lepas 2, sampai jak rumah, terus c ciwan naik rumah, bukan mau tolong aku angkat barang. huh!! nanti ko...!

naik2 jak aku, letak barang2 di dapur suma, c ciwan panggil aku. 'kak nong, sini dulu kau. cepat..'

aku fikir la apa kan, rupanya dia naik laju2 tadi mau pegi cari ubat batu, mau urut tangan aku... ^~^
pas2 kak ateng cakap, sudah ko urut tangan kak nong wan..?

c ciwan jawab la, 'sudah, sudah aku urut macam pacik madi buat itu ari. memang nda kan bengkak la tangan kak nonong.'

lepas 2 kak ateng cakap la, 'sudah ko baca2 la? tu ari pacik madi ada baca2, tu yang baik 2. kau ada baca apa2 ka??'

selambak jak ci ciwan cakap sudah dia baca2.. kak ateng tanya la apa dia baca kan... awal2 2 dia cakap ada la. kalau di bagi tau, nanti nda jadi la ubat dia 2 konon..

lama2 kak ateng tanya lagi apa dia baca, ciwan jawab, 'ala, aku baca2 la macam si pendekar bujang lapuk 2 baca. hai mambang tanah, mambang api, mambang air, ....'

kurang asam punya ciwan, macam la tangan aku boleh baik dengan jampi2 si pendekar bujang lapuk 2??? cuma, jari aku memang baik la, teda kesan darah beku ka suma 2..

huuuuhhh, rindu sama ciwan.... 

Saturday, 23 April 2011

di mata ku keindahan itu...

di mata ku punya indahnya wanita itu pada air mukanya... so, bila someone tu kelihatan sangat cantik?

mungkin di mata kamu2 bukan waktu itu la somebody tu paling cantik, tapi di mata ku indah wujud di wajah mereka yang punya cinta....

mesti pernah dengar orang cakap orang yang sedang bercinta ni muka berseri2 la , apa la kan??? suma tu sebab apa yang terasa di hati terzahir di muka.. ceria di hati, maka ceria la di wajah..

ataupun, muka mak bapak time lihat anak2 dorang(ni anak2 yang baik eh...kih3, main2 jak)

tapi ni contoh jak la, kalu orang yang penuh hatinya dengan iman kepada ALLAH lagi berseri2 kan...?? atau, aku paling suka ni, muka kamu2 yang suka mengambil wudu'...

tapi, benda ni general. bukan saja wanita berhak menzahirkan keindahan wajah itu, tapi juga kaum adam.

oleh sebab aku sedikit lemah pada mereka yang suka budak2, aku punya habit suka liat bapak dengan anak2 dia..

duduk jepun ni, selalu tengok bapa2 bawa jalan2 anak dia, dan bagi aku bapak2 2 memang sangat2 menarik..

macam stalker pulak kan..kih3

tapi ada 1 time ni, wanita2 memang sangat cantik, dan keindahan ni nda wujud bagi kaum adam. wanita mengandung.

di mata ku itu la full blast punya keindahan yang mampu terzahir di wajah mereka yang diberi ALLAH peluang untuk merasa kelebihan untuk hamil, untuk merasa 1 lagi nyawa wujud dari dalam.

saat ni, wanita paling tip top. gentle, yet strong... filled with love, clearly gorgeous... time ni titik sorang wanita tu paling bahagia, penuh cinta, sangat tabah, n all.

so, wanita luar sana, yang mungkin tesadung sikit langkahnya, jangan sia2kan anugerah paling indah yang ALLAH pilih untuk bagai pada kamu.. even dalam situasi yang nda ngam bagi kamu, tapi aku yakin, dan kamu juga harus lebih yakin, bahawa ALLAH lebih tahu yg terbaik untuk diri kamu..

Wednesday, 20 April 2011

entah la...

aku ada 1 feeling macam nda bagus jak minggu ni, tapi what can i expect for worse? ari ni sudah pun ari 3, n buat masa ni suma jalan dengan lancar..

tapi, lalallalalalala....

Thursday, 14 April 2011

18PG caution: jangan judge aku!!!

ada satu benda manusia ni susah mau ubah biar sudah tua bangka pun, habit. dah 2, habit buruk pulak 2. tensen3

aku kan anti betul orang yang buat bodoh sama orang tua. nda kisah la dari side apa pun, yang penting aku nda suka apa type pengkurang ajaran terhadap orang tua!!

aku ni bukan la anak yang baik pun, kadang2 ni aku pun pandai jgak bold2 ni cakap nda mau sama mama dan bapa, macam tyme mama suruh aku jual ikan ganti mama masa dia mau pigi ambik ikan di kuala penyu.

aku ni sudah la susah senyum, nda pandai lagi ni mau jual2 barang, mama suruh lagi aku jual ikan. nda kah gila 2?? aku fikir begitu la, and senang2 jak macam bodoh mulut aku cakap aku nda mau kan??? bego2!!

pun begitu, aku tau mama nda terasa sebab bukan selalu aku cakap nda mau terus2 macam 2, n aku da bagi tau la siap2 kenapa aku nda mau.... tapi sampai sekarang aku rasa serba salah la...

tapi, kurang2 ajar pun aku, aku memang anti sikit tengok orang2 tua ni kalu dia cerita2 tentang anak2 dia, suara ok jak, tapi sedar2 lap2 mata kan. aku memang,.. aduh, susah mau cakap. susah mau gambar apa perasaan tyme 2..

lagi sakit kalu dia cakap 2 macam benda ni dia rasa dari dulu lagi, tapi kali ni baru terngam waktu dan ketika mau cakap benda2 macam 2!!!!

come on la kamu2. bukan suma parent sama style ajar anak2 dia, and bukan suma budak2 ikut cakap parent dia kan. itu la manusia.. kalu suma parent ni sama, n budak2 pun sama, teda la masalah macam sekarang kan...

jadi besa la 2 kalu ada orang 2 parent dia jahat mulut sikit, maksud aku kasar perkataan kalau tegur anak2 ka, atau memang zahirnya mak bapa 2 cakap2 kasar2.. tapi 2 suma kan ALLAH da susun siap2 sesuai dengan character anak2 dia..

so, kalu ko ni nda la anak baik sangat, jangan la harap dapat mak bapa yang cakap baik2 selalu kan.. nda la maksud aku akan dapat mak bapa yang suka maki2.. tapi, ala, kamon la, nda kan nda faham???

jadi, sedar2 la diri tu sikit. sudah tau ko pun nda la baik sangat, jangan la cepat terasa kalau mak bapak cakap terkasar sikit. tolong la, kamu2 pun besar suda kan?? benda memang nda baik, pandai2 la faham sendiri.

lagi sakit kalau perang kamu buat sama mak bapak tu sejuk sikit. aku kan, aduh!!, tensen betul la sejuk2 ni.. kalu memang mau kurang ajar sangat kan, berani la sikit. cakap depan2 'aku nda suka bha kau cakap macam2.!'

ini, mau perang2 sejuk pula.. kamu tau kan perang sejuk2 ni lagi sakit di hati dari kau kurang ajar depan2!!! dia tegur ko buat bodoh. dia pigi dapur, ko masuk bilik. 

children out there, please, please la dont make your parent sad, especially when it tends to make them wipe any tears. do  you know how much it takes to make such unslippery voice when talking but inside your heart fills with wound?

and, dont tell me you dont even give a damn bout it when it happens to be your mother??? suma orang mesti pernah lalu perasaan tu kan?? mau nangis sangat2 tapi nda mau orang tau, so cakap macam teda pa2 jak ni, tapi tuhan jak tau...

dan pa ko rasa kalu ko yang buat mama ko rasa sedih yang begitu????

Wednesday, 13 April 2011

sandakan's trip


jalan2 tanpa abang sam... kih3



baru abang tau, sepa suruh ia nda mau c uti.. kih3.. even aku tau jak kenapa abang nda boleh cuti banarnya...  jadi, cuti ari 2 aku bawa budak2 ni, and kakak pegi jalan2 di sandakan..

actually teda la sangat pun di sandakan 2. ada sepilok jak kali eh, ok la, taman buaya, and seafood! sepa yang suka seafood, or benda yang sama waktu dengannya, aku rasa agak heaven jugak la ...

on the way balik 2, singgah poring, singgah kundasang, singgah sana sini gitu jak la... tapi time g poring tu kan, ok, ak macam ingat2 lupa bha poring ni..

so, i do expect some kind of natural kolam air panas.. but actually ia macam kolam kecik2, yang kita kena chousa sendiri air panas and air sejuk dia, and... fuh, aku pun nda la harap2 tinggi tapi, cam nda sedap sikit la ati aku... hu3




ok, pasal c sepilok ni pulak, kind of apa ni ?? punya perasaan la. ko hanya akan dapat tengok orang utan ni waktu dia bagi makan tau, around pukul 3. before tu, ko busy la tengok monyet2 yg entah apa tu kan.

suma tau kan c orang utan ni pemalu sikit, lepas 2 dia nda suka bising2 ni. dekat tempat mau tengok 2 pun, dia memang letak sign suruh diam tau..

tapi faham2 la kan orang2 kita ni, even ada sign pun bising melampau2 jugak. pastu hujan sikit2 pula time 2, aduh!! memang nda la c orang utan 2 datang tau.. jauh2 aku datang hanya dua orang utan jak yang timbul!!


can you see the baby??

 

susah mau ambik gambar dengan yang betul, ok la ni kan..??? and ciwan bosan betul mau balik. kih3




Friday, 8 April 2011

hari ini

ari ni kan aku kol mama awal2 pagi lagi, tanpa memikirkan yang mungkin mama busy, besa la kan, ari ni kan ari jumaat, mama pegi tamu di beaufort.

sebab mama selalu bilang kol mama kalu ada apa2 berlaku tentang jishin and all d jepun. aku pun kol la mama sebab fly fm cakap ada lagi gegaran and all kan..

aku punya selamba kol mama and bagi tau  nada papa and all. tiba2 mama bilang ni, 'oh, ada gempa bumi lagi eh? mama nda tau ni pun....'

aduhhh!! ni la, aku punya la anak baik kan...(konon) kol before aku pegi kelas supaya mama nda risau, mama pula nda tau2 papa pun.. tensen2

n lepas tu, aku kol ciwan. boleh2 nya ia nda layan aku. i hate tom and jerry show now! ciwan love tom and jerry show more than love me! bolehnya ia bilang, 'kak, nanti2 la bha ko kol aku, aku mau tengok tom and jerry bha.'

and bila aku cakap, nanti aku nd mau sudah kol, boleh pula dia buat bodoh, menyanyi lagu tom and jerry show, n lepas 2 boleh tanya,'apa ko cakap tadi kak? eh, sudah la kak ah...'

bencinya kau sama tom and jerry show dia 2.. awal2 pagi dia akan kasih bangun aku semata2 mau aku pasangkan tv untuk dia. lepas 2, skejap2 lagi kasih bangun lagi tuk tukar channel.

lepas 2, nda lama, minta mau ditukar bahasa la, mau di kasih kuat suara la, sengaja jak mau aku bangun!

ciwan obsess sangat sama tom and jerry ni. kalu kami kena marah ka apa ka, dia akan bilang ' kak nong kena marah, aa~.. kih3' 

you have to know the right intonation. and then ketawa macam daam show 2,, dengan style yang sebiji betul. dengan tangan di mulut and gerak2 kepala, memang la.. fuhhhh.

kadang2 mau marah dia pun boleh nda jadi... aduh!

Thursday, 7 April 2011

new starting point

bekurun aku nda tulis apa2 di blog ni. sori la, aku memang mau buat2 lupa pun blog ni.. bukan apa, aku macam masih terasa akan comment anonymous ari 2... tapi, huuuhhh, here i am.

esok start kelas for this year, and fuhhhh, im not ready. bular kepala aku rasa, maybe lama cuti kali ah.

otak macam melayang jak tiap kali aku dengar orang cakap jepun, cam eh, apa jua durang ni bilang bha, nda merati ku ni ah.. macam palau pun ada, macam sasau pun ada . memang naisss ah.

ha, since it is new year for us, mesti la ad budak baru kan.. budak2 ni macam best la, bukan macam la, memang kali.

it makes me feel bout aley and his gang i think, buat aku senang mau masuk. but budak2 ni memang naaisss la ( aku belajar perkataan ni dari dorg, hahaha)

but since this is my first for this year, i think its enough...

i do really2 miss ciwan and his tom and jerry show...