Drama ni m'ngisahkan hidup pakar pshyciatrist di 1 hospital. dari dulu lagi aku memang suka cerita2 doktor ni.. he3 Tapi aku pun baru tengok, nda dapat la bagi tau jalan cerita dengan lagi detail. Kalu bosan2, boleh la layan cerita ni...
Hujung episod 7, dia cerita pasal 1 nurse lelaki ni ngan awek dia. Awek dia ni curang, yg buat aku menyampah sama awek dia ni, pompuan ni langsung nda rasa b'salah. Dia saja biar balak baru dia 2 antar dia pegi jumpa c nurse ni, siap cium2 g..
Lepas 2, dia rilek ja cakap sama lelaki ni yg dia tau jak lelaki ni tau dia curang. Siap bagi tau g lelaki 2 sepa, n all d detail la.. (menyampah nya aku arah pompuan yg t'lebih konfiden!)
gomen, aku pompuan juga, tapi aku memang marah arah awek dia ni.
Awek dia cakap macam ni,
'sejak ko decide mau jadi nurse di hospital, n aku ngan financial agent, tiba2 aku rasa dunia kita t'pisah jauh, begitu b'beza. KO NDA KISAH HABISKAN 3 JAM LAYAN PESAKIT ALZHEIMER, TAPI BAGI AKU, AKU AKAN KEHILANGAN 10 MILLION HANYA DENGAN LAMBAT 3 SAAT DARI SCHEDULE AKU. Kita b'beza tempo hidup, we aren't in the same step... Teda benda yg boleh d'bincang b'sama.'
Kalu aku sambung lagi apa lelaki 2 balas, n cara pompuan 2 lepas 2, memang nda cukup la post ni. Tapi yg t'lintas di fikiran aku sekarang ialah kerjaya.
Awek 2 buat aku fikir akan betulkah p'bezaan kerjaya akan m'hilangkan rasa cinta, rasa kasih sayang? Dorang kapel hampir 10 tahun, tapi awek 2 baru rasa dorang b'beza setelah lelaki 2 decide mau jadi nurse. Kenapa boleh jadi begitu?
Mau salahkan takdir? Atau cam besa, dah xde jodoh. Betulkah? Aku memang tidak suka ayat 2, tapi bila da besar sikit ni, aku yakin, suma 2 k'tentuan ALLAH. Kalu memang jodoh kita singkat, apa boleh buat.
Banyak cara ALLAH bagi kita petunjuk. Cuma t'pulang untuk kita sedar on the spot, atau kena tunggu sampai 10 tahun, baru sedar akan k'tidak serasian hidup.
Maybe ALLAH da tunjuk b4 2, tapi kita jak salah tafsir, atau nda sedar. Setiap tindakan 2 ada 2 akibat, baik dan buruk. Jadi ALLAH bagi kita akal untuk tafsir sendiri dan m'corak jalanan hidup sendiri.( ni pendapat aku la ek...)
Perbezaan kerjaya dan corak hidup juga bagi 2 akibat, baik dan buruk.
1) p'bezaan m'wujudkan p'lengkapan akan k'kurangan diri.
~ lelaki 2 sanggup layan pesakit alzheimer yg memang banyak karenah selama 3 jam tanpa rasa t'beban. Rilek ja dia layan kerja dia sebagai nurse. i2 tunjuk wujud kesabaran....
~awek 2 nda boleh lewat even 3 saat pun untuk kerja dia. Ini tunjuk t'hasilnya p'hargaan t'hadap masa, nda suka buang masa....
So, dari sini wujudnya p'bezaan yg m'beri kebaikan pada 1 hubungan, especially individu 2 sendiri. So bagi aku, tidak wujud masalah beza kerjaya selagi kita rela untuk b'toleransi dan memahami.
Lagipun, kalau pejabat cerita pasal kerja, di rumah pun cerita benda sama, nda bosankah hidup? Teda la sumber ilmu lain dalam kehidupan...
2) p'bezaan m'hasilkan k'tidak serasian dalam fikiran dan kehidupan.
~lelaki 2 nurse, sentiasa on-call. Masa untuk b'sama awek dia semakin kurang. Kalu ada masa t'luang, awek dia pula busy. Semakin teda masa untuk bersama..
~awek 2 pula lebih t'buka untuk m'nerima perhatian dari orang yg sama bidang hasil daripada p'smaan waktu dan topik p'bualan.
Bukan aku mau cakap yg sama bidang nda hasilkan hubungan yg baik, tapi aku nda setuju sangat beza kerjaya boleh wujudkan k'retakan p'hubungan. Masing2 sudah besar dan mampu b'fikir dengan lebih rasional.
Engineer ngan engineer gak, bukan salah pun. Tapi doktor dengan engineer, salahkah? P'bezaan memang besar dari banyak aspek, tapi selagi kita mampu handle, aku nda rasa akan timbul masalah besar dalam hubungan.
ALLAH da atur awal2 jodoh kita, jadi rilek la kalu dapat yg sama ka, nd sama ka dari segi kerjaya. Tapi ada banyak lagi reason lain untuk difikirkan selain faktor ni. Bukan suma orang akan dapat orang yg kerja dia ngam ngan kehendak kita..kan?
Aku rasa la....
p/s ini pendapat aku tau, nda setuju, lantak ko la. nda aku kisah, aku tulis dari point of view ak...
No comments:
Post a Comment