Sunday 22 July 2012

2nD RaMadHaN ^--^

2 ari sebelum posa ni, aku tiba2 ingat akan seseorang. kenapa sekarang? kenapa dia? banyak benda aku fikir bila aku teringat dia. aku rasa terlalu lama aku nda ingat pasal dia, aku sampai rasa nada lagi apa yang harus diingat pun pasal dia. jadi kenapa dia, dan sekarang?

sejak 4 tahun yang lalu, aku rasa aku sudah tahu bagaimana cara mahu untuk tidak fikir pasal dia. tahu caranya tu nda la jugak, tapi aku rasa dunia aku sudah terlalu penuh atau ramai wataknya sampai aku rasa sikit demi sikit aku nda ingat lagi pasal dia.

bila kadang2 cerita pasal dia, aku nda memikir pasal dia dengan perasaan. cuma cerita pasal dia macam aku sedang bercerita tentang masa lalu, masa sekolah2 dulu yang semua juga punya kenangan seperti itu. nda rasa tetekan, nda rasa mau nangis, kadang2 tu aku sampai ketawa2 lagi cerita kebodohan aku dengan dia waktu itu.

4 tahun ni ajar aku apa erti life must go on. masa tetap jalan biar pun kau rasa penat dan mau berhenti rehat sekejap. kalau aku masih lagi dibayangan dia, aku juga nda mampu kekalkan masa yang itu. jadi, seiring dengan waktu, lama2 tu aku rasa dia bukan subjek utama lagi dalam hidup aku,, macam aku untuk dia.

contoh besar, dia merokok. itu tanda aku dan dia itu sudah nda berada di waktu, perasaan, pemikiran dan dunia yang sama. 4 tahun itu buat aku semakin hari semakin banyak hal yang aku belajar, semakin hari lagi semakin berusaha membaiki kecetekan pemikiran aku ketika 16~17 tahun, semakin hari semakin membesar aja dengan badan dan pemikiran.

bila melihat dia merokok, depan mata aku sendiri, biar aku berusaha untuk bersikap biasa jumpa dia, aku tahu biar mungkin memang wujud perasaan sayang aku untuk dia, sudah waktunya aku lepaskan dia sama seperti dia lepaskan aku 7 tahun yang lalu.

7 tahun lalu, antara punca aku rapat, malah mungkin menyayangi dia itu sebab dia nda merokok. bagi aku, cuma itu jak yang tinggal untuk aku dan dia biar lepas kami buat style nda kenal masing2 pun. bagi aku, selagi dia nda merokok itu, ada 1 hal lagi yang kami masih boleh pegang untuk hubungan yang nda jelas ni.

melihat dia 11 bulan yang lalu, buat aku merasa 1 hal, dia bukan orang yang sama aku kenal 7 tahun yang lalu. dia yang aku kenal biar apa pun berubah, biar pun perempuan di sisi dia itu bukan aku, selagi dia nda merokok, dia masih orang yang sama yang aku simpan dalam kenangan indah dan pahit aku.

tapi kenapa sejak 2 ari sebelum puasa sampai sekarang ini, selalu jak teringat dia? tiba2, aku pun nda sedar kenapa boleh sampai ke situ fikiran aku, tapi aku memikirkan dia.

Ya ALLAH, jika memang disuratkan tidak tergaris jalan yang sama untuk aku dan dia, aku mohon tidak biar secebis pun fikiran2 indah yang aku tahu cuma angan yang sekarang ini bermain di fikiran aku itu wujud.




No comments:

Post a Comment