Monday 26 October 2009

ni suma bosan punya pasal

aku rindu?
ya, aku mengaku akan itu..
aku ingin ke sana?
ya, aku sedar akan kebenaran itu..
aku mau berjumpa dia?
ya, aku punya perasaan itu...


tapi aku juga tahu dan sedar akan satu pernyataan ini:
aku tidak lagi cukup bersedia

aku mahu itu...
tipu jika kamu juga tidak kongsi keinginan yang sama
aku ingin yang itu...
bohong kalau tidak pernah terlintas untuk memiliki bahagian itu
aku tahu, kamu juga tahu...
kita tahu, mereka juga tahu...

tapi kita juga faham dan peka akan satu perkara:
baik buruk satu tindakan itu masih ada natijah disebaliknya bukan?

bilang siapa aku tidak tahu?
bilang siapa kamu tidak fahaminya?
bilang siapa kita tidak sedar akan hal yang berlaku?
tapi


beranikah aku mengambil langkah itu?
mampukah aku menyambut huluran itu?
bersediakah aku memilih jalan berkabus hanya untuk itu?
yakinkah aku?


tidak!
dia tahu, kamu tahu, malah aku
langkahan selalunya kerana aliran
bukan kerana percubaan
tindakan mesti berpunca dari kebiasaan
tidak dari keinginan
itulah aku....

aku ini tidak punya kenderaan
aku ini tiada jalan penghadang
aku tahu, kamu juga mula mengaku
asyik kosong sisi dan tepi

omongan yang datang semua dari khayalan
batasan yang dicipta menghasilkan satu keengganan
sedangkan
aku tahu, kamu juga tahu
keindahan satu tanda kelemasan

entah apa jak yang aku merepek ni.. sabar jak la ek.. kali ni nada pengajaran cuma pengongsian keinginan untuk luahan perasaan...













No comments:

Post a Comment