Tuesday, 15 June 2010

PanJAnG tAU........

menjatuhkan maruah orang...

pernah anda melakukan perbuatan ini?? siapa yg sangat baik hingga tidak pernah melakukan perkara ni di zaman ini kan?? apa maksud perbuatan menjatuhkan maruah orang??

kalau difikir dari segi bahasa, menjatuhkan adalah satu perbuatan yg disengajakan memandangkan penggunaan imbuhan 'men' dan 'kan' pada verb jatuh. jadi, menjatuhkan ialah pebuatan yg membuatkan sesuatu itu jatuh, jatuh dari tempat tinggi ke rendah, jatuh dari tempat pertama ke tempat ketiga, dan sebagaunya.

maruah pula kalau dicari dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, bererti kehormatan atau harga diri seseorang atau nama baik.

orang pula individu lain, bukan diri sendiri.

jadi, menjatuhkan maruah orang dalam konteks ini bermaksud satu perbuatan yg sengaja untuk membuatkan kehormatan dan harga diri individu lain selain diri kita jatuh. dalam erti kasar, memburukkan nama baik seseorang.

banyak cara yg boleh dilakukan untuk melakukan perbuatan ini. contoh, saya telah menulis luahan marah saya terhadap seseorang, menyebabkan seseorang di luar sana yg membacanya meminta saya befikir memandangkan apa yg saya tulis itu menjatuhkan maruah seseorang.

jadi, dalam saya tidak sedar, cuma ingin meluahkan perasaan memandangkan sepa la yg sudi membaca blog buruk ku yg tidak diketahui orang ini. dan memandangkan aku bukan jenis orang yg mampu meluahkan perasaan marah aku terhadap orang yg selayaknya, tergerak la tangan kasar ini menulis luahan hati yg terpendam sejak tahun lalu.

so, even dalam keadaan tidak sedar pun, kita mampu melakukan perbuatan menjatuhkan maruah orang lain.

jadi sekarang, timbul pula soalan apakah menjatuhkan maruah orang itu sama dengan mengaibkan orang??

kalau difikir guna akal dan pemikiran saya yg terbatas ni, 2 perbuatan itu adalah sama. dalam kamus dewan bahasa, mengaibkan bermaksud menjatuhkan maruah orang lain, mendatangkan aib, atau memalukan.

jadi, pernahkah anda terfikir kadang2 teguran itu boleh menjatuhkan maruah orang atau mengaibkan orang kalau tidak sesuai penggunaan perkataan atau caranya??

contohnya, A marah dengan B atas perbuatan selalu tidak menepati masa. asyik2 lambat, tidak kira la dalam apa jua keadaan sekali pun. kerana masalah di sekolah, keadaan badan yg kurang sihat, serta kepala yg migrain, A yg penat menunggu B pun tidak mampu untuk bersabar lagi.

lalu, A pun menulis luahan marah di papan kenyataan bilik study, dengan menggunakan nama lain untuk B. setelah beberapa hari, C datang menulis dibawah luahan A, dengan mengatakan, aku tau mana orang itu pergi, dia pegi tandas la. besa la lambat 2, rilek2 sudah.

A yg marah dengan perkataan rilek2 sudah dan beranggapan itu 1 sindiran, menulis kepada C, aku punya pasal la aku mau tulis apa!!!

satu ari, D menulis komen,even papan ini boleh digunakan untuk tulis apa2 pun, tapi luahan ko ni ada kaitan dengan maruah orang lain dan diri ko. apa ko rasa kalau orang lain tulis macam ni arah ko? fikir2kanlah.

apa beza perbuatan yg dilakukan oleh A dan D?
A menulis sesuatu yg buruk dan mengaibkan orang lain serta dirinya sendiri tanpa sedar, kerana diamuk perasaan marah. D pula menulis sesuatu dengan tujuan menegur dan mengingatkan A akan kesilapannya.

tapi, bagi saya, D juga telah melakukan perbuatan menjatuhkan maruah orang lain, iaitu A. teguran D telah dibaca oleh orang2 yg menggunakan papan kenyataan tersebut membuatkan A merasa malu dan beranggapan mesti suma orang anggap A ni salah dalam masalah ni. suma orang mesti beranggapan A telah melampau, marah2 pun jangan la tulis di papan kenyataan. even orang yg baca dan tahu siapa yg dimarah oleh A itu mungkin hanya sedikit berbanding kuantiti orang yg membaca teguran D dan mengenali A.

adalah baik jika teguran sedemikian di lakukan secara berdepan dan hanya dua belah pihak tahu, dengan penggunaan perkataan yg sesuai, dan meminta A memadam luahan perasaan tersebut dari papan kenyataan.

ada kalanya adalah lebih baik menunggu seseorang itu padam amarahnya sebelum memulakan 1 teguran, memandangkan kita harus memikirkan apakah penerimaan orang tersebut terhadap teguran kita.

kepada C dan orang seperti beliau, seperti saya, fikir2kanlah perkataan yg kita guna untuk orang. tapi untuk saya, saya memang tidak suka ayat RILEK2 SUDAH tersebut.

saya meminta maaf kepada sesiapa yg terasa akan post2 yg saya tulis b4 ni, lepas ni saya akan lebih berhati2 memilih ayat...

sekian...


No comments:

Post a Comment