Thursday, 18 March 2010

entah la....

semalam kak nas ada cerita pasal 1 blog. blog ni cerita pasal 1 kisah blogger lain tentang pengalaman interview keja dia. serius, aku nda sangka malaysia da jadi sampai begitu sekali.

time dia interview 2, interviewer syarikat 2 da la nda tengok langsung portfolio yg dia buat, terus cakap 'kami mau employee yg presentable and etc. bila awk da kurus, cuba la try sekali lagi'

lebih kurang macam 2 la dia cakap. aku pun nda ingat sudah. orang 2 pun tulis dalam blog dia. n interviewer 2 komen dalam blog orang 2.

ayat dia serius menghina, bukan jak orang 2 punya appearance, but towards her belief i think.interviewer 2 siap cakap lagi, 'sekarang ni bukan lagi zaman nabi, mana da orang pakai tudung macam awak. n etc..'

wei, tolong sikit, dia buta ka apa?? ni yg aku rasa berapi sikit. mau jak aku maki orang ni, tapi baik jangan tambah dosa sendiri. tapi, hey aunt!! are you from mars?

nda payah la malaysia yg memang negara yg punya penduduk islam, aku yg duduk jepun ni pun jumpa jak orang2 yg pakai tudung. kalu nda mau cakap aku jumpa budak2 malaysia jugak, aku jumpa jak budak2 lain. iran ka, indonesia ka, banyak jak yg pakai tudung lagi.

from there, banyak jak lagi blogger lain cerita pengalaman durang yg durang nda diterima keja sebab pakai tudung or cant entertain client.

ok guys, sejak bila pula keja2 macam HR ka, programmer ka, n seangkatan dengan dia perlu perempuan cantik yg boleh layan client, ajak g karaoke, minum2 and all????

akak yg keja jepun ni pun, orang jepun nda pula suruh dia entertain client. ok jak dia pakai tudung, nda pula kena diskriminasi ka apa. akak ni pakai tudung labuh g. ok jak...

aku pun bukan la baik sangat tapi jangan la sampai kutuk orang lain. kita pun mana da yg perfect, ada jak yg nda baik kita ada. so, dari kutuk orang, kan lebih baik kalu kita try perbaiki mana yg salah dari pihak kita.

cerita blogger ni buat aku takut mau balik malaysia, kerja sana. nda boleh bayang la kalu aku sendiri berada di situasi macam ni. mesti aku da nangis2 punya.

punya penat aku perah otak aku ni hafal kanji2, usaha faham suma terms2 sains dalam nihonggo (jepun), lepas 2 da lepas dapat degree nda boleh pula dapat keja sebab aku pakai tudung. YA ALLAH, besar nya dugaan 2...

hei, ada2 jak dunia sekarang ni kan? bila dengar cerita2 yg berlaku di malaysia sekarang ni, serius aku takut mau balik. aku takut aku nda cukup kuat tuk berhadapan dengan dunia sebenar di malaysia.

tapi 2 la, apa2 pun, memang la best kalu kita ada di negara sendiri, malaysia.

No comments:

Post a Comment