Monday, 30 May 2011

huh

ada 1 benda ni kan, biar macam mana pun, orang luar tetap orang luar, dan dorang nda kan ada di setiap masa kau perlu dorang.

Wednesday, 25 May 2011

nda penat jadik penatt

adui, macik! tolong la jaga anjing macik baik2. aduh~

memang gila la ari ni. on the way balik rumah tadi, tengah2 jalan 2, aku nampak sorang macik jepun ni dengan seekor anjing hitam yang besar. macam kenal jak anjing dan macik ni~?

alamak, macik rumah depan abis sudah bawa anjing hitam besar yang suka bising tu bejalan2. aduh! macam mana mau balik rumah ni????

nda pa, nda pa. macik 2 mesti abis ikat anjing dia time aku lalu rumah dia. kali. aku pun dengan ati penuh gundah gulana macam tongkang kena ribut tengah laut dan kepala yang sarat dengan fikiran positif yang makin lama makin ilang ni kan jalan la...

slow2 aku jalan, aku subuk la anjing 2 kan. ambik kau! aku tengok rumah macik 2, anjing tu tengok aku. dekat gila anjing tu dengan pagar!! macam mana aku mau lalu ni???

aku patah balik kejap. tunggu kejap. kejap lagi macik tu mesti keluar urus anjing dia. ok, subuk lagi sekali. macam main hide and seek pula aku sama anjing ni. ada lagi dia di situ tengok aku. wei!!!

sudah2 la skodeng aku anjing! pegi la kau masuk dalam sikit, aku mau lalu ni...!! uwa~ mak, macam mana nong mau balik rumah ni~ ;(

ari ni agak mengherankan la anjing ni. nda pula dia salak aku time kami main hide and seek tadi. tapi ada aku kisah? salak nda salak, mata comel nda comel. dia tetap anjing yang suka salak aku bila aku lalu!

fikir punya fikir, aku pun ambik jalan yang menyusahkan badan. aku patah balik lalu belakang rumah aku. kira aku kena pusing kejiranan rumah aku la untuk sampai rumah.

bagus2 tinggal 10 langkah jak mau sampai rumah, bepuluh2 langkah jadik nya aku kerana anjing ni..
ko memang la anjing.!

memang menyusahkan la anjing ni. tensen!! dia kan, asal kita lalu jak salak2. tensen aku. sudah la besar.

kesimpulannya, aku nda suka anjing macik tu!

Friday, 20 May 2011

sasau

love is...
what you can give generously, and take wholeheartedly.

love is...
when you can smile after crying, and laugh after mistaking.

love is...
how weird your heart feel like it can burst at any time, any moment.

love is...
bla bla bla...
ha3

Sunday, 15 May 2011

waiting and hoping

even theres no tears fall for you, but i am sure it will come, when it's time to. even i cant so sure how it will end, but i know how hurt i will feel just because of you...

theres no beautiful ending waits for us, just because you dont know, and i will not tell you. but still, i do hope theres more than smile that we can share here...

when it is came for me to understand theres still a drop of hope i can wait, there is a beautiful life i can lead, how could you make my heart feels like it will burst?

 am i not ready enough to accept this, i dont know. it just makes my heart hurt so soo much...

there is hope i gave back to you, in mind it will help you just like it makes me want something again...

i feel this because of ....


Friday, 13 May 2011

palau pula malam2 ni... ^ ^

tengah2 malam ni aku rasa palau sikit pula.. time tengah siuk2 tengok drama thai ni kan, ada la satu scene ni hero dia kacau heroin dia ni kan..

hero dia buat la muka nakal 2 kan, pastu c heroin pula mengada2 la buat muka malu2 kan... aku pun nda tau kenapa tiba2 aku ingat prof. YAMABUKI(山吹先生).. hahahahah...^ ^

tadi buat experiment dengan 山吹先生, pastu time mau larutkan polymer 2, memang ambik masa la.. bayangkan, 200g polymer dilarutkan dalam 10ml chloroform(CHCl3).

time Ayu tengah buat benda 2, aku buat la pengiraan tentang masa larutan polymer ni bergerak.. susah la mau terang. nda dapat aku terang guna bahasa melayu.

ok la, senang cerita. tadi aku buat experiment tentang kenal pasti jenis polymer yg aku dapat. ada 1 unknown polymer ni, aku kena buat experiment untuk kenal pasti dia apa... gitu la.

so, sudah 1/2 jam c Ayu kasih tunggang tebalik flask 2, masih juga c polymer ni nda mau larut tau. jadi datang la 山吹先生 ni.. Ayu pun cakap la lama sudah dia pusing2 kan c flask ni, nda juga mau2 larut..

terus 山吹先生 cakap, dia nda mau Ayu kali, cuba suruh SURIAH buat.. kih3  ^ ^


last kali kena buat hasilkan 1 film dari larutan polymer 2 untuk tentukan dia punya 透過度( aku nda pasti la bi dia apa, tapi mungkin permeability kali...)

cover slide kaca dengan aluminium, pastu lap supaya cantik, kasih titik larutan polymer 2, then kasih rata sampai dapat 1cmx 1cm punya film.. lepas tu biar kering and kikis untuk ambik film 2 guna spatula..

cara dia senang jak kan, tapi sabar jak la mau buat. kalu nipis sangat, memang nda dapat mau kikis guna spatula. kalu tebal sangat, nanti infrared nda dapat detect la apa la. kalu nda pun, time kikis 2 c aluminium pula buat hal, koyak la apa la..

so, mau dijadikan cerita.. suma orang kena buat. aku dapat la hasilkan 3 film. haa, jangan jeles. time 山吹先生 cek2 tu, ada la budak yang repeat experiment ni tau. so beliau pun tanya la dapat buat film ka nda..

pastu budak 2 pun cakap la dapat. time beliau cek2 2, tiba2 beliau cakap, 'eh, yang ni cantik. siapa punya ni..?'

budak ni cakap la SURIAH yang buat.. then, 山吹先生 pun cakap, 'うまいねスリアさん。。上手やん。。'

山吹先生puji la aku cakap aku buat film cantik... terer ah buat.. kih3 ^ ^

time pegi tengok macam mana mau cek 透過度benda ni pun, 山吹先生pun cari la film yang mau dibuat contoh kan...

terus beliau cakap, 'ok, kali ni ambik group D punya sampel. ok, sensei nak guna film SURIAH la...'
 kih3 ^ ^(suka!)

nda tau kenapa tengok scene2 mengada hero heroin dalam drama ni buat aku ingat 山吹先生..
sensei ingat nama aku tau... haa, jangan jeles......

Wednesday, 11 May 2011

高吸水性分子樹脂 ^ ^

ari ni ad kelas dengan prof. YAMABUKI(山吹先生). selain dari beliau ni comel kan, beliau suka doraemon dan conan. hahahaha

tau dengan detail tau, bukan setakat baca2 jak. memang lawak la.. sempat lagi cerita pasal doraemon di kelas.. sabar jak la sensei comel ni...

balik ke benda aku mau cerita di post ni kan.. tadi, sensei ni cerita pasal 高分子(polymer). time tengah buat experiment simple2 ni, sensei ni pun cerita pasal masalah nuklear di fukushima..

suma orang tau pasal kebocoran radiasi ke air laut tu kan..? kan dorang try sejukkan loji 2 dengan air laut. tapi nda dapat jugak nak bendung, dan leaked  la kan ion2 2 dalam air laut tu..

untuk elak air laut 2 masuk balik pegi laut, dorang guna 1 polymer ni, untuk absorb air laut.. jenis polymer ni 高吸水性高分子樹脂、super absorbent polymer.

kalu ada gambar, senang la mau terang tapi 2 la kan..  tapi kan even guna polymer ni memang nda dapat juga tahan. leaked jugak la radiation ni kan..

kalu belajar pasal polymer ni, suma orang akan assume la boleh elak air laut 2 dari keluar. kalu nda, nda kan la org loji nukelar di fukushima 2 guna kaedah ni kan..

tapi 2 la, nda pass pula kan..? rasa2 kenapa?

ok, meh belajar pasal polymer.. 高吸水性分子 ni kan, time kita2 ni belajar, dia absorb/ react pada air suling dalam nilai 450g/g, tapi pada kepekatan 0.9wt% air garam hanya 65g/g.

air laut pula, kepekatan garam dia 3.4wt%, boleh tau la kan betapa lemahnya polymer ni pada air laut.. so, dia macam nda boleh la nak absorb sangat air laut yang orang2 di loji ni try untuk jangan leak kan ke laut.

kalau nda boleh bayang macam mana polymer ni berfungsi, aku rasa loji ni guna polymer lain, tapi another type tuk polymer ni orang guna dalam pampers.

time buat exp. ni tadi terfaham pula aku tentang proses pampers ka, pad ka yang kita guna. dalam pampers 2 kan, aku la fikir, setakat kapas tau. tapi nda la fully kapas. ikut la brand pampers tu guna polymer apa..

dari jenis polymer apa dia mau guna, dan kaedah apa yang diguna untuk hasilkan polymer, serta bahan2 tuk hasilkan polymer tu mempengaruhi harga dan kebest an pampers yg mama2 bagi anak2 dia guna.

so, besa la 2 kalu ada benda 2 mahal, ada benda 2 murah pula kan...

Tuesday, 10 May 2011

kita....(2)

keliru, serius aku pun nda tau kenapa jadi begini
perasaan ni, ambik begitu banyak tenaga dan senyuman aku...
gila, jauh lagi la tapi kan..

aku pun nda pasti, keadaan sekarang
tunggu ka jalan terus, ini pun susah
yang pasti, aku unsecure dengan perasaan sekarang

keindahan itu terletak di hati, bukan di mata
kebahagiaan itu membawa senyuman, bukan tekanan
itulah kelebihan mereka daripada mereka...

aku senang, aku rasa la

p/s: sori, aku nda tau macam mana mau fikir pasal ari 2, jadi aku ikut rasa hati aku la ah..
sori la nd sedar peluang yg sengaja diciptakan, terima kasih dengan sedikit kepekaan itu.

Friday, 6 May 2011

terkejut tapi aku redha

kehilangan ari ini...

kekosongan ari ni buat aku sedar akan kehilangan kakek... mungkin kekosongan yang aku rasa satu hari ni buat persiapan untuk kehilangan waktu ini..


sedih, bodoh la aku nda sedih kan..? mungkin sekarang aku nda rapat sangat sama arwah kakek, tapi kisah kanak2 aku dipenuhi dengan wajah arwah...

mau nangis, tapi bila kakak cakap mama nda bagi kami nangis banyak2, terus aku rasa hati aku tenang, dan redha...

moga arwah dirahmati ALLAH dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman.....

p/s: siapa2 yang baca post ni, saya mohon sedekahkan al-fatihah untuk arwah.. terima kasih.

Thursday, 5 May 2011

kita....(1)

risau, nda juga....
marah, teda benda pun...
bahagia, bukan tu masalah dia....

dia, bukan masalah aku..
mereka, bukan tempat aku untuk bersuara...
tertekan, kerna aku mula merasa lebihnya perhatianku...

aku dan mereka, berbeza tapi aku tahu kami mungkin sama...
betul ka salah, bukan aku untuk mula mengukur kesahihannya...
masa ini, waktu ini, salahku kerna ingin kekosongan untuk ku meluahkan kerunsingan...

terpesong, tertekan pula kepala aku mau fikir benda 2..
lain macam, mungkin sebab sudah lama aku sendiri merasa kelainan dalam setiap senyuman...
kali ni, aku mampu membalas dengan ketawa teda makna...
alhamdulillah...

sori, aku harap aku nda menggunakan kamu2...
terima kasih, di sini saat ini, betapa aku mula takut sendiri...

Monday, 2 May 2011

ibu jari ku dan ciwan ^ ^

pagi2 buta ni, dalam keadaan sedikit lapar di perut tapi kenyang di mulut ni, aku tengok cerita korea.. kih3.. mesti pelik kan, apa la kunun hubungannya??

sebenarnya la kan, teda kaitan langsung, saja ja mau mulakan topik. kih3. ^ ^

pas2 kan, aku tertengok la jari aku yang ada kesan darah beku. tau kan, kalau kita tejepit ka, apa2 ka, kan akan ada darah beku. pas2, dia akan ilang ikut petumbuhan kuku..

nda tau la macam mana mau explain, tapi tau kan????

ok, cerita dia. time aku di sandakan ari 2, 1 malam tu pacik madi ajak pegi makan luar.. tapi pusing2, suma macam nda tau mau makan apa kan, besa la anak2 buah dia suma pilih makan.

makan di luar semalam, makanan nda sedap. fikir punya fikir, kak ateng cakap dia mau masak. so, kami pegi la giant..

balik2 beli barang 2, nda tau la kan kenapa, lapar mengkali kan, palau sikit. time keluar dari kereta tu, aku letak tangan atas kereta tau. tapi sedar2 time kak aku tutup pintu dia, kok ibu jari aku tecepit???

apa lagi, besa la. aku nda la teriak2 tapi memang macam air terjun tepi poring jak la air mata aku... punya kelam kabut pacik madi cari ubat batu urut tangan aku..

ok sekarang, apa kaitan dia dengan tajuk entry ni...?

ari minggu last before aku balik, aku ajak ciwan pegi tamu. teringin mau makan pecal dan cari buah2 sikit. time mau balik 2, bapa antar la naik lori kan...

lepas 2, time mau tutup pintu 2, ibu jari tangan kanan pula tecepit. apa lagi ci ciwan, punya la bising mulut dia.

'2 la ko kak, lain kali tengok2 kalau mau tutup kereta. tengok, kan tecepit lagi tangan ko..'

lepas 2, sampai jak rumah, terus c ciwan naik rumah, bukan mau tolong aku angkat barang. huh!! nanti ko...!

naik2 jak aku, letak barang2 di dapur suma, c ciwan panggil aku. 'kak nong, sini dulu kau. cepat..'

aku fikir la apa kan, rupanya dia naik laju2 tadi mau pegi cari ubat batu, mau urut tangan aku... ^~^
pas2 kak ateng cakap, sudah ko urut tangan kak nong wan..?

c ciwan jawab la, 'sudah, sudah aku urut macam pacik madi buat itu ari. memang nda kan bengkak la tangan kak nonong.'

lepas 2 kak ateng cakap la, 'sudah ko baca2 la? tu ari pacik madi ada baca2, tu yang baik 2. kau ada baca apa2 ka??'

selambak jak ci ciwan cakap sudah dia baca2.. kak ateng tanya la apa dia baca kan... awal2 2 dia cakap ada la. kalau di bagi tau, nanti nda jadi la ubat dia 2 konon..

lama2 kak ateng tanya lagi apa dia baca, ciwan jawab, 'ala, aku baca2 la macam si pendekar bujang lapuk 2 baca. hai mambang tanah, mambang api, mambang air, ....'

kurang asam punya ciwan, macam la tangan aku boleh baik dengan jampi2 si pendekar bujang lapuk 2??? cuma, jari aku memang baik la, teda kesan darah beku ka suma 2..

huuuuhhh, rindu sama ciwan....