Friday, 9 March 2012

kita...(4)

tersedar
semua yang telah ku pilih mampu memberi satu kesan besar yang enggan kembali semula
bila aku,
tanpa sedar, salah, dalam sedar
menolak kamu pergi, sedikit  demi sedikit dari ku,
aku telah membuang kamu dari sudut kaca mata kamu

kini
aku tidak punya hak untuk merasa tersisih jika kamu memilih lain
cuma
bila kekadang dalam tidak sedar
aku sebenarnya sedih bila wujud rintihan akan begitu jauhnya aku dan kamu
betapa aku sudah hampir lupa kamu untuk luahkan kebutuhan ku

bukan
bukan aku lupa
hanya
aku merasa perbezaan kita
yang wujud kerana kebodohan aku
menolak untuk aku mendekati kamu, seperti dulu

tidak juga aku menyesal sebenarnya,
jika itu yang harus dibuat untuk melindungi sekali lagi hati ini
sungguh aku sanggup
tapi, kekadang
cuma tiba2 terdetik di hati jika benar
berbaloi
untuk aku mengorbankan kamu untuk perasaan di hati yang mungkin hanya seimbas cuma?

No comments:

Post a Comment