Monday, 27 May 2013

dilema ku bukan dilema mu..

minggu lepas rasanya minggu paling gila dalam hidup aku. dapat surat bagitau menjo nyugaku-ryo nda dapat. aduh. melayang la 28man 2sen aku sama dengan rm10000.. mana mau cari duit lagi ni. sebagai anak yang malas mau bagi mama masalah tuk difikir sampai nda boleh tidur malam, aku berusaha fikir sendiri masalah ini. sabar jak la. macam kuat sangat.!

semalaman aku nangis2 tanpa housemate aku sedar(huih, tidur nyenyak betu dia.. hehe) dan membuat jikken di lab tanpa hasil yang memuaskan, aku pasrah dan yakin pasti Allah memberikan aku jalan keluar yang boleh menyelesaikan masalah aku. amin

cik housemate yang baik memberi aku jalan yang boleh menolong meringankan beban yang menimpa. tenkiu berri machi ya cik housemate. mbak ovi (bdk phD indonesia di lab aku yang gila baik setengah mati..) juga mahu bantu aku dari segi kewangan dan juga kekuatan minda. terima kasih ya mbak..

budak lab aku juga bilang mau tolong. kalau teda duit atau sempit bagi tau jak. dia boleh jak kasi pinjam duit. hehe.. senpai meow juga sedia bagi pertolongan yang sama. bilang nya..

aie dan mbak ovi selalu update kekuatan psikologi aku dari semasa ke semasa. kurang sikit jak kena top-up. belum lagi hujan, mendung jak muka aku terus kena ceramah motivasi. terima kasih anda2 semua yang menolong aku dari semua segi.

dari minggu lepas aku sudah serius mencari baito( part-time job) untuk menampung masalah kewangan aku ni sebelum nangis2 mau mintak duit dari big boss di rumah. hehe.. doakan saya boleh mendapatkan baito dan boleh melakukannya ya.. amin.

hari ni sensei(prof) aku balik dari outstation dengan khabar aku nda dapat sagawa scholarship yang ku mohon bulan mac yang lepas. nda pa, bukan rezeki aku. aku tau jak sudah result ni minggu lepas jugak dan sudah pasrah. hehe

sensei tanya tentang kewangan aku. boleh lagi ka nda? aku cakap la ok lagi insyaAllah. terus dia bilang, nanti cuti kamu buat la jikken untuk saya. satu jam 1000yen sama dengan rm36 keatas. tapi nda dapat balik malaysia la cuti. nda pa sensei, saya sudah pasrah..tapi ni cakap dalam hati jak la.. bai2 raya tahun ni. i raya di perantauan... huhu

R.A aku juga sudah suruh ambik form tuk sambung phD tahun depan. kalau macam tu, sesnei pun sudah bagi green light la tuk buat seperti yang dirancang tahun lepas.

see?? banyak jak jalan yang Allah bagi aku untuk aku pilih kalau mau teruskan perjuangan aku di sini. asal aku sabar dan mahu berusaha jak. besabar jak untuk tahun ni. lagi 1/2 tahun jak oshn.!!

tapi mampu ka aku..?

panjang bebenar la pula post kali ni. huhu..