Thursday, 20 June 2013

sekarang

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu menahan kepedihan tidak berjaya menghasilkan sample untuk jiken, akhirnya kesabaran ku terbalas. ceh, ayat nda boleh blah kan.. hehe

aku nampaknya sudah berjaya membuat sample dan jiken pun nampak macam cantik jak. tapi aku masih nda tau la result dia macam mana. nda pa, tu lain cerita.

semalam meeting sama prof and beliau bilang untuk tema aku memang mau menghasilkan sample tu susah. senior before aku yang buat tema ni memang ambik masa bebulan2 untuk step buat sample jak. yeay!

kenapa yeay? sebab aku nda payah la risau kalau aku memang selalu jak nda jadi2 buat sample. tapi memandangkan ini bakal menjadi bahan thesis aku tahun ni, aku kena la juga cepat. aku ada kurang 7 bulan jak lagi untuk menghasilkan 1 thesis. prof juga bilang banyak benda yang kita harus buat.

tapi, aku macam suka la aku sudah melepasi hurdle yang pertama untuk jiken ni, iaitu step bikin sample. alhamdulillah..

moral of the story, failure is the beginning of success. hahaha



Monday, 17 June 2013

experiment.

aduh, mau masuk 3 minggu sudah aku buat jikken ni tapi nda jadi2. masalahnya, bukan exp. tu yang nda jadi, aku nda sampai lagi mau ke buat jikken. aku sekarang berada di step membikin sample. boleh terima ka???

aku rasa mau pecah jugak la kepala aku fikir apa salah aku buat ni ah.. tema aku untuk master ni adalah berkaitan dengan surfactant(界面活性剤) dan bahan yang aku guna ialah sugar esters(SE). sepa tau sugar esters ni apa angguk kepala.

aku jujur nda tau pun kegunaan benda ni apa sampai time aku kena bagi shuuron(thesis tuk master) senpai dan kena buat benda ni untuk master tahun ni. nda payah SE, surfactant tu apa pun aku nda tau. tu la, benda ni banyak digunakan di makanan tapi makan jak aku tau, adui hai...

surfactant? menurut encik wiki, surfactant ni digunakan untuk melemahkan kekuatan tegangan permukaan liquid, interfacial tension between 2 liquids, or that between liquid and solid. mau tau lebih detail, tekan la encik wiki tu ek... tapi memang best la benda ni.

nah, SE ni pula adalah sucrose fatty acid ester yang non-ionic dan mengandungi hydrophilic(bahagian sucrose) dan lipophilic(bahagian asid lemaknya). dia ni banyak diguna dalam pembuatan dessert. contoh, kek, chocolate, cookies, etc.

kesimpulannya benda ni best la untuk sesiapa yang suka buat dessert tapi untuk orang macam aku yang perlu buat experiment guna dia, aku rasa macam mau nangis. nda pandai jadi2.. tensen!!!

tapi nda pa, usaha tangga kejayaan. aku cuba lagi sampai menjadi. jangan putus asa. fighting!

Friday, 14 June 2013

report..?

kena buat report pasal gene technology and protein engineering. ok, fine.. aku buat.. cari punya cari la maklumat di internet dalam english, (memandangkan kepandaian bahasa jepun ku tidak mampu menampung kehebatan bahasa tingkat atas buku2 yang aku nda faham2 biarpun aku baca banyak kali.), aku akhirnya faham la jugak pasal benda ni. pernah belajar tapi nda la detail2 macam yang aku cari ni.

masalah dia, sudah aku puas memahamkan dalam bahasa omputih yang memang menguji tahap kefahaman bahasa saintifik aku yang da berkarat ni, aku nda tau macam mana mau tulis dalam bahasa jepun. tensen!

masalah betul la belajar di jepun ni kalau english pun sekangkang kera jak pengetahuan, japanese pun setanak nasi jak kefahaman. mau buat report, mula la tu macam orang gila. susah sangat ka report tu???

dari pukul 10 malam aku start membuat dalam jepun, lebih 10 helai kertas A4 tu aku buang, sedar2 sudah azan subuh pukul 3.20 pagi, nda juga siap2 report aku yang cuma perlu ditulis sebanyak 1 helai. uwa......!!!! nda pa, bangun ambik wudu', solat subuh, tenang la tu...

siap2 sembayang tu rasa mata aku macam mau bengkak sudah ni. nda pa, aku buat in english. siap2 aku ambik masa 1/2 jam jak buat.(ni bukan mau tunjuk aku terer english ek tapi reference aku kan in english..) antap jua deh mun gitu2 nganya. 

aku nda tanya pun prof tu aku boleh ka buat in english tapi lantak la. nda pula dia cakpa tulis dalam jepun. safe la tu... nda larat la prof mau cari word yang aku nda tau sebab macam semua jak nda tau. tapi its a wonderful learning. banyak aku tau untuk buat 1 helai report. 

moral of the story is, whatever kind of result you'll get, either it is good or not good (don't say bad, be positive bebeh..), the process to earn the result is a way of learning. there's always good things you'll earn in everything. 

minggu depan aku kena antar report 2 helai tentang「the importance of reflection for medical scientist」
mati la aku fikir apa mau tulis ni. hahaha. belajar etihcs in japanese is not an easy task compared to study organic chemistry in japanese. i can't even understand a single verse, phrase that prof said in lecture. oh mi gosh..

Thursday, 13 June 2013

aPriL~ JuNe'13

tengok folder lab tuk tahun lepas, aku rasa hectic gila aku tiap minggu. folder aku tiap minggu ada jak isi dan aku tahu berapa banyak exp. aku buat tuk dapat data sebanyak tu. nda masuk lagi yang nda jadi.

tengok folder lab tuk tahun ni, dan tuk bulan 4 sampai bulan 6 ni, sabar jak la. kosong! hahahaha

aku nda sempat buat folder tuk setiap minggu pun. buat folder tuk setiap bulan pun bulan 4 n bulan 5 kosong. hahaha. betul ka aku ni budak master???

bulan 4 tu prof suruh buat exp. tentang alginate. mau guna sodium alginate sebagai pengganti agar tuk buat gel. sedar2 abis sudah bulan 4 n exp masih lagi nda mengeluarkan result yang cantik. 

masuk bulan 5, keadaan emosi aku makin nda stabil. scholar nda dapat2, kena bayar tu la ini la, banyak la. tapi bestnya prof rilek2 jak n nda paksa aku. rilek jak aku nda antar2 lagi weekly report. 

abis duduk bincang dengan prof pasal master ni, aku macam boleh la sort feeling aku dengan lebih berhemah. mama, bapak n kaka pun bagi green light tuk masalah2 yang tidak terduga. 

start bulan ni, prof da bagi aku keja yang berkaitan final paper aku tahun ni. belum abis duduk bincang lagi ngan prof tapi macam 90% akan berjalan lancar insyaAllah.. 

kepala aku mau pecah baca journal, baca dan faham teori2 drying yang nda tau umur dia berapa, dan buat exp yang nda pandai jadi2!! da 2 minggu lebih aku duduk buat exp ni nda jua berhasil. belum buat exp, baru mau try buat sample. sabar jak la. Nda faham la kenapa dia nda mau aku. 

nda pa, practice makes perfect kan. nanti mesti boleh jadi punya. ada orang yang lagi teruk exp dia. aku kena bersyukur.. 


Saturday, 8 June 2013

my beloved dila

i've got this love letter from france said 'yang, hope this will help you. love u.' that message brought me more unspeakable emotions than anything. more than what i felt when bie gave me daisies (sorry bie, i know you didn't mean to give me that but i appreciate the gesture..).

bie and dila, those times and attentions and everything you both ever gave and will give me, i wish i can pay you back but even if i can, i know the value will not be the same as how i feel right now. dila, you give me 'shoulder to cry ' when others just shield theirs with 'so called sympathy'.  bie, you just gave me your 'lunch break' for sadist but unbiased kind of talking to encourage me.   

i hope this post don't hurt anyone who read and misunderstand the real meaning of what i try to share. in this world, there is no such thing called friend until it is tested and verified to hold the title of friend in a true worth. just as marriage's vow means to be true to you in good times and bad, and blah3, friend's vow is unspoken so people seems cant' find the existence but actually it brings more responsibilities than you imagine. 

friends come second after family, mostly and generally if you don have complex family affairs. they are people who are around you 24/7 when you're not at home . so naturally friends become you and vice versa. but you'll never know who were your friend until it is time to lay your and their true heart. and its scary, believe me.

so, if you got seriously good and best friend(s), i hope you really treat them well and take good care of her/him/them. there's not so many people will come to your hand when they most needed.

nurul fadhilah matasan, i cant thank you enough but thanks dear. i love you too.. pray for me i can make through this...

p/s: lama x tulis english. sori la yg terer english tu jadi nak trmuntah baca kesalahan bahasa saya.. 

Monday, 27 May 2013

dilema ku bukan dilema mu..

minggu lepas rasanya minggu paling gila dalam hidup aku. dapat surat bagitau menjo nyugaku-ryo nda dapat. aduh. melayang la 28man 2sen aku sama dengan rm10000.. mana mau cari duit lagi ni. sebagai anak yang malas mau bagi mama masalah tuk difikir sampai nda boleh tidur malam, aku berusaha fikir sendiri masalah ini. sabar jak la. macam kuat sangat.!

semalaman aku nangis2 tanpa housemate aku sedar(huih, tidur nyenyak betu dia.. hehe) dan membuat jikken di lab tanpa hasil yang memuaskan, aku pasrah dan yakin pasti Allah memberikan aku jalan keluar yang boleh menyelesaikan masalah aku. amin

cik housemate yang baik memberi aku jalan yang boleh menolong meringankan beban yang menimpa. tenkiu berri machi ya cik housemate. mbak ovi (bdk phD indonesia di lab aku yang gila baik setengah mati..) juga mahu bantu aku dari segi kewangan dan juga kekuatan minda. terima kasih ya mbak..

budak lab aku juga bilang mau tolong. kalau teda duit atau sempit bagi tau jak. dia boleh jak kasi pinjam duit. hehe.. senpai meow juga sedia bagi pertolongan yang sama. bilang nya..

aie dan mbak ovi selalu update kekuatan psikologi aku dari semasa ke semasa. kurang sikit jak kena top-up. belum lagi hujan, mendung jak muka aku terus kena ceramah motivasi. terima kasih anda2 semua yang menolong aku dari semua segi.

dari minggu lepas aku sudah serius mencari baito( part-time job) untuk menampung masalah kewangan aku ni sebelum nangis2 mau mintak duit dari big boss di rumah. hehe.. doakan saya boleh mendapatkan baito dan boleh melakukannya ya.. amin.

hari ni sensei(prof) aku balik dari outstation dengan khabar aku nda dapat sagawa scholarship yang ku mohon bulan mac yang lepas. nda pa, bukan rezeki aku. aku tau jak sudah result ni minggu lepas jugak dan sudah pasrah. hehe

sensei tanya tentang kewangan aku. boleh lagi ka nda? aku cakap la ok lagi insyaAllah. terus dia bilang, nanti cuti kamu buat la jikken untuk saya. satu jam 1000yen sama dengan rm36 keatas. tapi nda dapat balik malaysia la cuti. nda pa sensei, saya sudah pasrah..tapi ni cakap dalam hati jak la.. bai2 raya tahun ni. i raya di perantauan... huhu

R.A aku juga sudah suruh ambik form tuk sambung phD tahun depan. kalau macam tu, sesnei pun sudah bagi green light la tuk buat seperti yang dirancang tahun lepas.

see?? banyak jak jalan yang Allah bagi aku untuk aku pilih kalau mau teruskan perjuangan aku di sini. asal aku sabar dan mahu berusaha jak. besabar jak untuk tahun ni. lagi 1/2 tahun jak oshn.!!

tapi mampu ka aku..?

panjang bebenar la pula post kali ni. huhu..

Wednesday, 27 February 2013

AKU BERUSAHA KE HADAPAN...!

tidak satu hari itu badai
mesti akan tiba senyuman suria menyapa alam
tidak mungkin tiap lautan itu berombak kencang
pasti akan datang angin sepoi menghembus semua kerisauan

tidak semua awan kelam itu akan menghambur hujan lebat
mungkin akan ada angin lembut menghembus ia pergi
atau tidak
cuma titisan air rindu dari-Nya untuk mengingatkan aku pada Nya
jika aku percaya

ku cuba menjadi lautan yang teguh pada tiap pukulan manja dan marah sang ombak
ku ingin terus seperti suria
biar diacah sang awan agar kelam
sentiasa setia ceria dan berusaha bersinar penuh sabar

jika benar badai kali ini bisa menghancurkan ku habis-habisan
aku pasrah biar saja sudah ku cuba segalanya
jika pasti ribut kala ini mampu meranapkan semuanya hancur bertaburan
aku berserah andai saja sudah ku buat semuanya

tapi kali ini
sungguh aku tidak mampu memandang yang di hadapan
namun aku lagi tidak melihat mana-mana belokan
mungkin di hadapan menanti ku badai dan ribut taufan
mungkin juga menungguku senyuman ceria sang suria bersama angin sepoi melegakan semua gundah
aku berserah pada Mu untuk itu..

Ya ALLAH, sungguh aku takut untuk menanti hari esok. bagaimana harus aku melalui semua itu, aku berharap aku di bawah lindungan dan hidayah Mu...