Monday 30 July 2012

.. ^ ^ ..

saya menyayangi dia.
: for what reason?
dia kacak.
: belambak lagi orang yang hensem di luar ni..
he has a successful career.
: ramai jugak yang saya kenal macam tu.
dia penyayang.
:leman jugak penyayang. bos nak kawin dengan dia?

ayat ni ada dalam scene cerekarama alamk 7 hari lagi. macam best jugak la dialog ni sebab dia macam bagi kita ingat benda penting dalam hidup ni..

hubungan ni bukan sekadar luaran jak. kita seharusnya lebih mendalam lagi sebelum start buat satu keputusan. masa perkenalan yang lama, malah mungkin sudah mencecah lebih dari 2 tahun itu juga sudah cukup lama, tapi itu tidak meyakinkan kita 100% yang kita sudah memahami dan mendalami pasangan kita.

ada jak orang yang sudah kenal betahun2 lepas tu putus macam tu jak, sebab sudah teda feeling. ada jak orang yang cuma perlu kenal 3 bulan untuk menyukai dan mengambil masa lebih dari 7 tahun untuk melupakan.

you have to know the main reason why you choose her/him of all people around you to fall in love with... so you know you dont make the wrong decision.

CiNtA CoKeLaT ^ ^

mencari kesesuaian dalam perhubungan nda cukup hanya dengan perasaan cinta even tu adalah titik penting dalam perhubungan. ada orang bilang cinta tu macam cokelat, banyak jenis,kadang2 tu pahit, manis, lebih susu, banyak koko, ada mint di tengah, ada kacang bagai.

bila fikir logik, memang betul kan. cinta tu nda suma best jak, ada jak waktu turun naiknya. macam cokelat, cinta juga ada expirednya, ikut condition tertentu mungkin rosak la, kadang2 bahannya nda bagus jadi cepat nda bagus la.. banyak kan benda perlu difikir.

begitu juga cinta. kalau starting pointnya nda bagus, mungkin akhirnya juga nda bagus. kalau nda dijaga, nanti malah rosak. cinta harus dijaga dengan percaya, kefahaman, kejujuran dan juga batas pergaulannya.

kalau cokelat jak macam nda sedap ja kan, so tu kenapa sekarang ni cokelat ada mix banyak benda. besa la tu kalau cinta kadang2 diuji dengan cemburu dan pergaduhan kecik. cuma itu begantung pada kita yang mengalaminya tuk handle dengan lebih bagus.

kalau memang cinta kita tu tulus dan memang jodoh kita, biar pun 'cokelat' tu tehimpit sampai buruk bentuknya masih juga kita sanggup mau makan sebab kita percaya rasanya masih sama..

nasihat aku untuk post kali ni, kalau sudah habis 'cokelat'nya, jangan lagi simpan pembalutnya, even untuk yang kita paling suka. nanti waktu lagi kepingin merasa cokelat, kita akan  teringat2 sedapnya cokelat sebelum ni sampai mau lagi merasa cokelat jenis yang sama. paling buruk kalau itu akan merosakkan judgement kita untuk memilih cokelat perasa lain.

nda papa kan kalau mencuba perasa yang berlainan. mungkin akan jumpa cokelat yang lagi sedap dan memenuhi cita rasa dan juga kehendak dan keperluan diri sendiri...

Friday 27 July 2012

7 RaMaDHaN

still trying to cope with everything. school life, this fasting month in this seriously hot summer, my soul life, my love life, and whatever kind of life we human can have. everything went out of control lately...


6th RaMaDHaN * *

blank.

cant get enough sleep this few days, i just too tired to even stay awake now. i got this weird sick again. i do seriously too tired and need rest, but i cant sleep. if you know what i mean.


Wednesday 25 July 2012

5th RaMaDhaN - -

kepenatan semalam ditambah ari ini buat badan aku macam teriak2 minta rehat. tapi bila ada tanggungjawab yang sepatutnya tiada tapi ada, aku jadi macam marah di dalam hati. kenapa kau mahu mengungkapkan kata2 yang boleh buat orang rasa dia jahat sedangkan yang membuat keputusan itu kau?

aku nda suka! uwa, aku rasa pahala puasa kalau diukur dengan kemarahan, hampir 10% jak pahala aku ari ini. baki 10% tu sebab aku nda meluahkan kemarahan itu, jadi tu jak la yang tinggal. aku penat, lab lagi, puasa lagi, hal di rumah lagi.

bagi orang lain apa la sangat kerja aku di lab, ingat ko sorang jak ka oshn yang ada lab? bz? tapi memang aku jenis yang macam tu. bila aku tumpu perhatian aku pada 1 benda, benda lain akan jadi sampingan sebab ada benda lain yang sudah jadi keutamaan aku.

dan keutamaan aku 4th year ni ialah lab. biar pun bagi orang, buat2 sibuk jak oshn tu sedangkan nda la banyak pun keja dia di lab, tapi bagi aku, aku memang akan tumpu pada lab juga banding benda lain. dan aku sudah bilang dari awal kan aku busy lab sekarang.

bila kau sendiri buat keputusan, malah keputusan yang berkaitan dengan aku jugak biar pun aku sudah cakap aku nda yakin mampu pikul itu, tapi ko masih juga membuat keuputusan tu, aku berharap kau matang la untuk terima akibat dia. aku memang akan lebihkan lab aku banding benda lain.

ni, mau buat2 marah sebab aku nda pegi tolong sama2 memikul tanggungjawab tu, apa hal pula???? benci!

Ya ALLAH, tenangkan la hati hamba Mu ini.....



Tuesday 24 July 2012

4th RaMaDhaN ^ ^

ari ni sahur. biar bangun lambat sikit, pukul 2.38, tapi sempat la aku masak sup ayam. nasib baik, alhamdulillah. biarpun nda la sedap sangat, tapi harap2 boleh la bagi tenaga tuk aku ari ni.

ari ni sebab budak2 ni mengada mau ada dessert untuk sungkai, n nasib baik ada bahan di rumah, aku buat la puding jagung. ingat mau buat lepas balik lab, tapi aku nda tau dapat balik awal ka nda ari ni, so buat la pagi2. nda tau la ok ka nda tu. sudah la aku bangun lambat tadi, pukul 8.48 baru aku betul2 bangun, bukan mau mengada2 lagi kan guling2.

Hara tanya kalau tujuan untuk puasa tu apa sebenarnya. aku macam blur la sikit. bukan selalu orang tanya dan aku nda cukup word tuk describe. lepas tu dia cakap la nda kan la puasa saja2, n nda kan teda tujuan. aku cakap la bagi masa aku buat ayat.

bila aku sudah bilang la kenapa kita harus puasa macam yang aku faham, baru la dia cakap oo, hebat eh maksud puasa tu. harap2 la apa yang dia faham tu sama macam apa yang sebenarnya kau mahu maksudkan.. amin.

ramadhan tahun ni rasa macam aku sudah besar, dari segi rohani  la. lebih sedar akan kedudukan suma benda, lebih besar pandangan tentang sesuatu dan boleh mencari kelebihan berbanding kekurangan. alhamdulillah..

ramdahan kali ni pelik. even baru 4 ari puasa, nda fair la tuk aku kira itu akan jadi 1 kebiasaan sepnjang puasa ni, tapi aku memang ada habit baru puasa ni. angan2 yang aku fikir sebelum tidur tu sentiasa mengenai1 benda yang sama. adui hai, sabar jak la hati...

Ya ALLAH, tabahkanlah hati aku menghadapi cubaan Mu yang 1 ini..

Monday 23 July 2012

3rd RaMaDdHaN -_-

selalu aku publish post awal pagi, lepas aku siap makan sahur. ari ni petang. kenapa? sebab aku lambat bangun dan nda sempat sahur. uwa~

datang pegi lab ari ni macam mau nangis jak. sudah la kena buat experiment, tepaksa balik lambat lagi. uwa< mak.... kenapa la boleh nda tebangun..? aku siap pasang alarm lagi, pelik betul. selalu aku nda pasang alarm, tebangun pulak..

hari ini dengan penuh ketabahan la aku melalui puasa ari ini. lepas tu senior2 aku suma cakap ramadhan kan sekarang? oshn puasa nda? hehe.. da la yang tanya tu Yu senpai, memang lagi bebunga la hati aku..

yosh, mari bertahan untuk lebih kurang 3 jam lagi sebelum sungkai.!

DuNiA SeKaRaNG

gila..
rasa gila dan sedih bila fikir, sudah la sesat, tambah2 lagi sesat. adui hai...
http://news.yahoo.com/troops-march-san-diego-gay-parade-uniform-204528956.html

Sunday 22 July 2012

2nD RaMadHaN ^--^

2 ari sebelum posa ni, aku tiba2 ingat akan seseorang. kenapa sekarang? kenapa dia? banyak benda aku fikir bila aku teringat dia. aku rasa terlalu lama aku nda ingat pasal dia, aku sampai rasa nada lagi apa yang harus diingat pun pasal dia. jadi kenapa dia, dan sekarang?

sejak 4 tahun yang lalu, aku rasa aku sudah tahu bagaimana cara mahu untuk tidak fikir pasal dia. tahu caranya tu nda la jugak, tapi aku rasa dunia aku sudah terlalu penuh atau ramai wataknya sampai aku rasa sikit demi sikit aku nda ingat lagi pasal dia.

bila kadang2 cerita pasal dia, aku nda memikir pasal dia dengan perasaan. cuma cerita pasal dia macam aku sedang bercerita tentang masa lalu, masa sekolah2 dulu yang semua juga punya kenangan seperti itu. nda rasa tetekan, nda rasa mau nangis, kadang2 tu aku sampai ketawa2 lagi cerita kebodohan aku dengan dia waktu itu.

4 tahun ni ajar aku apa erti life must go on. masa tetap jalan biar pun kau rasa penat dan mau berhenti rehat sekejap. kalau aku masih lagi dibayangan dia, aku juga nda mampu kekalkan masa yang itu. jadi, seiring dengan waktu, lama2 tu aku rasa dia bukan subjek utama lagi dalam hidup aku,, macam aku untuk dia.

contoh besar, dia merokok. itu tanda aku dan dia itu sudah nda berada di waktu, perasaan, pemikiran dan dunia yang sama. 4 tahun itu buat aku semakin hari semakin banyak hal yang aku belajar, semakin hari lagi semakin berusaha membaiki kecetekan pemikiran aku ketika 16~17 tahun, semakin hari semakin membesar aja dengan badan dan pemikiran.

bila melihat dia merokok, depan mata aku sendiri, biar aku berusaha untuk bersikap biasa jumpa dia, aku tahu biar mungkin memang wujud perasaan sayang aku untuk dia, sudah waktunya aku lepaskan dia sama seperti dia lepaskan aku 7 tahun yang lalu.

7 tahun lalu, antara punca aku rapat, malah mungkin menyayangi dia itu sebab dia nda merokok. bagi aku, cuma itu jak yang tinggal untuk aku dan dia biar lepas kami buat style nda kenal masing2 pun. bagi aku, selagi dia nda merokok itu, ada 1 hal lagi yang kami masih boleh pegang untuk hubungan yang nda jelas ni.

melihat dia 11 bulan yang lalu, buat aku merasa 1 hal, dia bukan orang yang sama aku kenal 7 tahun yang lalu. dia yang aku kenal biar apa pun berubah, biar pun perempuan di sisi dia itu bukan aku, selagi dia nda merokok, dia masih orang yang sama yang aku simpan dalam kenangan indah dan pahit aku.

tapi kenapa sejak 2 ari sebelum puasa sampai sekarang ini, selalu jak teringat dia? tiba2, aku pun nda sedar kenapa boleh sampai ke situ fikiran aku, tapi aku memikirkan dia.

Ya ALLAH, jika memang disuratkan tidak tergaris jalan yang sama untuk aku dan dia, aku mohon tidak biar secebis pun fikiran2 indah yang aku tahu cuma angan yang sekarang ini bermain di fikiran aku itu wujud.




Saturday 21 July 2012

1 RaMadHaN~

salam w.b.t

selamat berpuasa bagi mereka2 yang punya kewajiban sebagai insan yang mempercayai kebenaran ISLAM itu. di kesempatan ini, begitu juga pada diri sendiri, aku berharap kita dapat lagi membersihkan diri dari sebelum ini, terutamanya hati.

1st impression tu penting kan. kenapa? sebab penampilan itu cermin pertama diri seseorang itu. cara bejalannya, pemakainannya, tingkah lakunya. tapi, 1 lagi aspek yang penting, tutur bicara.

apa yang disebut itu menggambarkan bagaimana akal dan hati seseorang itu berfikir. bila selalu jak mengungkapkan yang jahat, pemikirannya juga jahat, terus, mungkin hatinya juga nda bersih. jadi, di sekian kalinya ramadhan ini, mari la kita sama2 berusaha membersihkan hati dan nurani kita.

jangan terlalu berfikir apa yang kita fikir itu betul, siapa saja boleh buat kesilapan kan... jangan asyik salahkan orang kalau ada yang nda ngam dengan kemahuan kamu. membesar sedikit dong... mari kita sama2 membesarkan akal seiring dengan umur kita yang sudah di atas 20 ini...

pagi2 ni melalut pula. sori ah pada yang lagi baca. sebenarnya lagi nda puas ati dengan mereka2 yang suka aja melihatkan orang akan ketidak besarannya pemikiran mereka.

neway, selamt menyambut ramadhan yang barakah ini....