Monday, 12 October 2009

12.10.2009

Ari ni dimulakan dengan satu kejutan bila akak bagi emel cakap atuk sebelah bapa dah meninggal dunia semalam. Seketika aku agak terkaku dan entah mengapa, tiba2 aku jadi bingung. Eh, yeke?

Lagi aku bingung dan terkedu dengan sikap aku pagi ini bila mendengar khabar sedih ini, tidak ada setitik air mata pun yang jatuh dari mata aku. Cuma bila aku menelefon akak dan bertanyakan cerita lanjut, aku mula merasa sebak dengan kealpaan cucu atuk yang satu ini.Entah kenapa dan bagaimana aku boleh sekejam ini bila aku tidak berhasil membayangkan wajah atuk di kepala dan biarpun aku begitu berusaha untuk mencari dan mencerna wajah yang kali terakhir aku lihat ketika umur ku 6 tahun. Kejamnya aku!!

Apatah lagi tujuan aku balik summer yang lalu adalah melawat atuk yang begitu teringin melihat cucu2 dia yang memang suma tinggal jauh2( akak tengah sambung master d UNIMAS, abang kerja d N.9 n aku di sini, sendiri dan berfikir untuk balik setiap cuti), tapi aku masih tidak berkesempatan untuk pergi melawat atuk yang jauh, tapi masih boleh diusahakan kalau aku mahu sebenarnya.

Apalah sangat Lahad Datu kalau dibandingkan dengan Indonesia. Tapi keadaan kurang membenarkan atau sebenarnya aku yang begitu suka memanjakan diri sendiri, enggan pergi jika tidak berteman, segan berjumpa saudara belah bapa yang memang jarang aku jumpa, mencari dan begitu galak mencipta alasan dan helah untuk tidak pergi sendiri. Dan akhirnya aku tidak pegi melawat atuk. Kejamnya cucu atuk yang satu ini........>Aku tulis semua ni bukan ada sebab ap2, cuma ingin meluahkan 1 benda yg aku rasa aku akn sesal selamanya dan aku hrp korg yg bca ni akan lebih b'hati2 lagi... Apa yg aku rasa boleh bagi pengajaran dan kebaikan pada orang lain, biarpun pahit, aku rasa i2 la sumbangan yg aku boleh bg kat orang. hu5

so, moral of the story is, guys, selagi korang ada masa tuk melawat dan menjenguk dan melakukan apa saja bersama orang tersayang, especially emak dan bapa korang, pegi lah hargai masa yang ada. Bina dan ciptakanlah sebanyak mana kenangan yang korang boleh hasilkan. Biarlah mak ngan bapa boleh tersenyum, menangis pun takpe, asal apa yg mereka tengah bayangkan bila fikir pasal korang i2 adalah 1 kenangan yg manis. At least ad kenangan yg masih boleh dikenangkan....
Ciptalah kenangan korang......
AL-FATIHAH untuk atuk......

No comments:

Post a Comment