Friday 18 November 2011

...

i give my all to you, if i can
strength, hope, faith, affection, and love

Sunday 13 November 2011

uNFiNisHeD sToRy

aku
dikelilingi oleh mereka yang punya riak wajah penuh ceria
 tapi hairan
aku semacam enggan meraih mahupun secebis senyuman

aku
dipenuhi oleh tona2 suara yang mampu menandingi kolam yang dipenuhi semacam warna bunga
tapi entah
aku semacam tidak mampu memahami, apatah lagi berkongsi satu titik oktaf yang serupa

aku
kali ini, waktu ini, kala ini
semacam ingin berdiri dikalangan ombak2 jernih di atas laut di kala awan sesekali ingin bermanja dengan sang cahaya
aku
saat ini, di tahap ini
serasa mahu tenggelam di garis putih biru yang serasa menjadi satu, mengaburi tapi melengkapi satu dimensi hiasan mata
aku

aku
tanpa sedar terasa tubir mata hampir pecah menahan berat setitis air mata
malah
bagai terhenti putaran masa bila sesak tiap liang pelosok rongga yang ada di dada menampung satu helaan udara

pergilah, pergilah bersama ombak kecik ke hujung nun tak terlihat dek mata
bukan sekali, malah terasa kecil hati dan jantung jadinya menahan beban yg dilihat tidak seberapa
tapi ditahan terasa ingin lebur tiap serpih tulang yang ada




Monday 7 November 2011

~3rd aKi~

dalam dunia ni hanya dua jenis manusia. pembuat dan penerima, dari sini baru la jadiknya si penjahat dan si tukang nangis main terima jak apa orang buat..

dan di mata kamu2, siapa yang lagi best? penerima atau pembuat? siapa lagi kesian? di mana2 tempat pun kan, akan ada orang yang menjadi bualan, nda kisah la bualan itu mengarah ke kutukan atau pujian.

tapi yang aku tau, aku lagi rela menjadi orang yang bukan menjadi bahan bualan. aku nda mau jadi pembual pun! tapi macam nda kan pernah jadik la kan..

manusia suma suka becerita. tipu la kalau aku bilang aku nda pernah kutuk orang, dan tipu la kalau aku nda pernah dikutuk orang. itu kan karma hidup. kena la terima...

tapi bila 24jam sehari kehidupan 3rd year aku banyak aku habiskan di rumah tengok drama, jadik orang yang melihat, bukan menjadi pembawa watak, buat aku banyak gila fikir.. kita nda kan sedar apa kita buat akan jadi apa kan datang even kita sudah rancang dari awal.

contoh, bila ada orang ajak pegi makan2, lepak2 kejap, dalam hati kau, kau tahu yang memang akan keluar cerita2 yang akan memalukan orang lain, dan janji dalam otak nda mau kutuk orang.

tapi bila sampai sana, dia macam kau tarik dan hembus nafas, mulut kau pun start cakap benda yang ntah papa, membawa kepada kutukan.

even kawan baik pun akan pernah kutuk kawan baik dia dengan orang lain. cakap apa yang pernah menjadi ke nda puas hatian selama bekawan. kita fikir bila kita cerita suma benda dengan dia, kita akan makin rapat dan dia akan rasa betapa pentingnya dia untuk kita.

selama ni, dia la orang tempat kau luah segala masalah, luah semua benda yang jadi dalam kehidupan kau.. tapi kau nda tau, mungkin dalam diam, itu satu bebanan untuk dia mendengar.

dalam dunia ni, tiada kawan yang bertahan dari start kau kenal dia sampai bila2. setiap orang ada kehidupan dia masing2, ada cara dia sendiri mau jalani hidup dia. nda kan selamanya kau dapat sama2.

setiap orang ada jumpa orang lain yang mungkin lagi layak untuk dijadik kan kawan baik lebih dari diri kau bagi dia.

bila aku fikir begini, aku akan fikir, suriah, kau ada kawan ka? kalau ada, kenapa bila aku betul2 sedih, aku nda tau mau share sama siapa? kalau ada, kenapa bila aku gembira aku nda tau siapa yang sama2 gembira tanpa ada terdetik sedikit pun iri hati di hati dia?

sekarang ni kan, aku nda tau tahap depress aku sampai mana, tapi bila aku tengok laut, aku serius mau nangis. tanpa aku sedar, air mata aku keluar macam tu jak.. aku rasa dada aku penuh sangat2 sampai aku nda mampu tarik nafas.

sekarang ni, aku bila cakap dengan orang, tanpa aku sedar, suma jadik kasar. intonasi, perkataan, riak muka, suma jadi kasar. aku ketawa lagi keras, dan sebab suma ni, sebelum aku jadik bahan bualan, aku harap aku mampu atasi perasaan ni.

Sunday 6 November 2011

SeLaMaT HaRi RaYa

selamat hari raya everyone!
hope this eid brings happiness and blessful in our daily life...